Saturday, May 16, 2009

Pemimpin UMNo yang pekak dan tuli ?

Bila Muhyiddin Yassin , "tidak dengar apa-apa', saya tidak dengar apa-apa'. Inilah gaya seorang pimpinan UMNO. Sememangnya pimpinan UMNO pekak dan tuli. Mana mereka mahu mendengar apa-apa pandangan.

Sebagai contoh Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran, UMNO Johor sendiri membawa usul dalam Perhimpunan Agong mereka supaya PPSMI (pengajaran subejek saisn dan matematik dalam bahasa Inggeris) minta dimansuhkan, sampai kini beliau masih memekakkan telinga dan buat tuli. Walaupun bantahan itu datang daripada 3 tokoh Sasterawan Negara(SN) yang diketuai oleh Dato Hassan Ahmad.

Kumpulan ini telah membuat protes besar-besaran supaya PPSMI ini segera ditamatkan, dan kembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda masing-masing, tetapi pimpinan UMNo buat tuli dan pekak. Berdolak dalik dan melengahkan masa dan sengaja membiarkan rakyat menjerit sana sini membantah itu ini, mereka buat pekak dan langsung tidak mempedulikan bantahan , walaupun bantahan itu datang daripada tokoh-tokoh yang berjasa dalam masyarakat.


Ahmad Said akan terus terajui Terengganu - Muhyiddin

KUALA TERENGGANU: Kepimpinan kerajaan negeri Terengganu akan terus diterajui oleh Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden Umno itu berkata perubahan jawatan Menteri Besar Terengganu itu tidak pernah berbangkit serta dibincangkan sebelum ini.

"Siapa kata (ada perubahan jawatan Menteri Besar Terengganu). Setakat ini, saya tak dengar apaapa," katanya ketika diminta mengulas desasdesus kononnya akan ada perubahan kepimpinan kerajaan negeri Terengganu tidak lama lagi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru 2009 peringkat kebangsaan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di sini hari ini.

Isu itu timbul apabila ada di kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Ahmad dan mahu beliau ditukarkan.

Polemik itu wujud berikutan uraura Adun BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) April lepas, tetapi ia tidak berlaku.

Bagaimanapun, pada hari kedua sidang DUN, 10 Adun BN tidak hadir atas alasan tiga daripada wakil rakyat berkenaan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berharap dengan penjelasan itu, situasi politik Terengganu akan bertambah baik kerana yang lebih penting ialah untuk melihat Umno dan BN bertambah kuat di negeri itu terutama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya percaya semua pimpinan Umno termasuk di kalangan ahliahli Yang Berhormat dan pimpinan (Umno) Bahagian akan cuba mengorak langkah baru untuk mewujudkan satu persefahaman yang lebih baik kerana kita sayangkan Terengganu.

"Rakyat telah beri kepercayaan...kita perlu tumpu perhatian sepenuh masa untuk membangunkan Terengganu kerana Terengganu negeri yang mempunyai banyak sumber, hasil negeri banyak, minyak pun ada," katanya.

Beliau berkata jika ada perselisihan faham, ia perlu diselesaikan secara baik kerana kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan negeri itu selepas diberi kepercayaan oleh rakyat.

"Sama ada Adun, bukan Adun, pemimpin parti, berjawatan atau tidak berjawatan...kalau berganding bahu, kalau pentingkan rakyat dan pertahankan kedudukan di Terengganu. Rakyat telah memberi keyakinan, jangan kita abaikan," katanya. BERNAMA

No comments: