H1N1: Kes kedua dikesan, dua lagi dikuarantin
PUTRAJAYA: Kes kedua influenza A (H1N1) dikesan di Pulau Pinang dan disahkan pagi ini, yang melibatkan rakan kepada pesakit pertama yang dikesan semalam, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat hari ini.
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pemeriksaan terhadap penumpang di pintu masuk negara, terutamanya penerbangan dari Amerika Syarikat dan negara lain yang dilanda wabak influenza A (H1N1), diperketatkan.
Malaysia perlu mengambil tindakan yang sangat rapi bagi mengekang serangan penyakit itu daripada menular ke dalam negara, katanya.
Beliau berkata pemeriksaan rapi itu perlu kerana mereka yang tiba dari negara yang dilanda dengan wabak itu mungkin menghidap penyakit itu tanpa diketahui oleh merekaKUALA TERENGGANU: Kementerian Pelajaran meminta semua sekolah mengikut garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan dalam usaha mencegah jangkitan wabak influenza A (H1N1) di kalangan pelajar.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, berkata setakat ini, semua sekolah tidak perlu mengambil langkah tertentu bagi membendung wabak tersebut kerana keadaan masih terkawal.
No comments:
Post a Comment