Tambahnya, UMNO difitnah, UMNO dipersalahkan atas segala-galanya dan sememangnya UMNO nampak salah. Justeru beliau mahukan persepsi rakyat terhadap UMNO yang salah atas segala-galanya ditangkis. Dan amanah menangkis memikirkan cara-cara serangan dan cakna rakyat UMNO mesra rakyat diletakkan Khir Toyo sebagai ketua kumpulan pemikir dan penangkis.
Nampaknya usaha Najib lebih bersungguh-sungguh, sebenarnya Najib sudah terlambat kerana nanah dan onar dalam UMNO sudah membiru dan membusuk. Maka kebusukan UMNO tidak tertampung dek wangian, hatta jika direnjis dengan wangian atar Makkah sekalipun. Maknanya satu Malaya sudah tahu kebusukan dan keonaran UMNO.
No comments:
Post a Comment