Wednesday, May 20, 2009

Orang UMNO mula sedar kot ?

Kini gerhana UMNO merebak ke Perlis. Perang antara dua kumpulan iaitu kumpulan bekas MB Perlis Dato Seri Shahidan kassim dengan pasukan MB Perlis Isa Sabu amat hebat. Sekat menyekat, nafi menafi, singkir menyingkir, pendem memndam, dan rendam merendam adalah senjata utama Isa Sabu terhadap kumpulan yang kalah diketuai Shahidan Kassim.

Rupanya peperangan UMNo Vs UMNO adalah cukup 'tenat'. Hasilnya 1000 orang JKKK yang terpinggir mahu menyeberang masuk ke Pakatan Rakyat. Tentulah berita ini menjadi ancaman senjata ugutan kepada isa Sabu oleh kumpulan yang kalah.

Dakwa mereka usaha-usaha merapatkan sesama mereka selepas pemilihan UMNO peringkat bahagian tidak pernanh diagendakan. Wakil-wakil rakyat UMNO kumpulan Shahidan cukup terasa mereka dipinggirkan. Rupanya rasa terpinggir oleh UMNO terhadap PAS kini dirasai sendiri oleh mereka, bayangkan segala hak pengundi yang pro pembangkang 50 tahun dinafikan, kita cukup lali dan sudah lama bersedia, tetapi mereka baru mula nak rasa keperitan dan kejerihannya.

Sesungguhnya Allah maha adil samada cepat atau lambat perasaan itu dicampak dan dimasukkan kepada mereka yang satu ketika dulu pernah berbuat onar terhadap saudara sesama agama dan sebangsa tu.


No comments: