Wednesday, May 20, 2009

DAP: Semangat setiakawan yang cukup tinggi selepas kes Perak

Apakah tujuannya akhbar Utusan Malaysia memuatkan highlight dalam ruang rencana tentang desakan oleh Dewan Perniagaan Cina minta supaya DUN Perak dibubarkan. Sifirnya mudah iaitu meraih simpati sebanyak mungkin daripada para pembaca Melayu untuk terus mencintai dan pertahankan hak-hak kemelayuannya. Kedua, mahu menguji sejauhamana kepekaan pembaca Melayu dan membakar agar cakna tentang hak-hak mereka yang semakin tercabar. Ketiga memberi gambaran tindakan melampau Dewan Perniagaan Cina, yang tidak henti-henti menuntut dan sekaligus menggambar mereka kian berani mencabar integriti kesultanan atau institusi kesultanan dalam negara.

Seterusnya, mahu membuka ruang forum perdebatan maya tentang sikap biadap orang Cina. Di samping itu mahu memancing pertubuhan bukan kerajaan Melayu bangkit dan menyuarakan serta mempertahankan hak-hak mereka yang semakin terhimpit dan dihimpit.

Maknanya sebanyak mana simpati yang didapati, sebanyak sokongan mahu diraih, maka akan anti muncullah NGO-NGO Melayu yang akan senada menghentam dan mengkritik Dewan Perniagaan Cina dengan kata-kata seperti keterlaluan, melampau, minta sedar diri dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, sila balik Tongsan.

Sebenarnya sedar tidak sedar, bilamana kes Perak berlaku adalah 1000 rahmat. Perkenalan hati budi DAP terhadap PAS lebih mendalam dan terkesan persahabatannya. Satu kes penulis inigin bawakan bagaimana Pengerusi DAP Pahang yang balik ke Pahang semata-mata meraikan Tuan Guru Presiden PAS melawat ke Pahang kebetulan dalam kawasan DUNnya. Keesokan hari nya beliau bertolak kembali ke Perak bagi menghadiri mesyuarat jawakuasa DAP Kebangsaan uyang diadakan di Ipoh. Bayangkan pengorbanan dan sikap setiaakawan cukup tinggi, pada hal dalam majlis tersebut beliau sekadar diundang, tidak diminta untuk berucap, tetapi atas dasar yakin dan terhutangbudi dengan PAS dan pimpinan PAS peringkat bawah beliau sanggup korbankan masa dan tenaga bersama-sama ke majlis tersebut.












Dewan Perniagaan Cina desak bubar DUN

AKHBAR Sin Chew Daily pada Ahad lalu memaparkan berita bertajuk Dewan Perniagaan Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor Desak Bubar DUN. Ia melaporkan perhimpunan agung tahunan dewan itu sebulat suara meluluskan usul merayu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia untuk membolehkan pemilihan semula, agar pengundi negeri Perak mengundi memilih kerajaan mereka.

Perhimpunan itu berpendapat, kemelut politik negeri Perak yang membawa kesan dan risiko terhadap undang-undang Perlembagaan yang sangat serius.

Ia menyebabkan hubung kait struktur perundangan dalam negara ini semakin bercelaru. Sebab itulah menurut mereka, baginda Sultan Perak perlu membubarkan DUN.

Begitu juga akhbar Oriental Daily pada hari yang sama. Ia juga mengenai Dewan Perniagaan Cina tetapi di Negeri Sembilan. Menurut akhbar itu, dewan berkenaan telah mengutuskan sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Isi surat itu ialah rayuan agar DUN Perak dibubarkan untuk mengembalikan kuasa politik kepada rakyat.

Dewan itu juga menjelaskan, mereka turut merayu Perdana Menteri supaya melakukan tindakan keras terhadap budaya politik nepotisme dan birokrasi dalam pentadbiran kerajaan.

Selain itu, Perdana Menteri juga digesa supaya menangani amalan rasuah yang menghalang kemajuan negara, meneruskan sistem telus yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, memastikan pelaksanaan dan amalan perundangan berjalan dengan berkesan.

Dewan itu turut memuji pelbagai langkah pembaharuan oleh pentadbiran Najib dan berharap ia dapat dilaksanakan segera.

Bagaimanapun, demi merealisasikan konsep “Satu Malaysia”, Perdana Menteri didesak agar membubarkan DUN Perak dengan secepat mungkin.

Tun Dr. Mahathir Silap

Ruangan komentar isu semasa dalam akhbar Kwong Ming Yit Poh pada Sabtu lalu mengutarakan tajuk: “Kata-kata Tun Dr. Mahathir Itu Silap”.

Ia memberi komen bahawa kini pentas politik Perak selain daripada dua kes ‘kembar” Menteri Besar dan Speaker, ada khabar angin mengatakan DUN itu mungkin akan dibubarkan berikutan pakatan pembangkang sedia berbincang dengan Perdana Menteri untuk mengatasi kepincangan politik di negeri itu.

Walaupun khabar angin itu tidak diakui oleh mana-mana pihak, rakyat berharap untuk melihat kembali keyakinan pelabur terhadap ekonomi negeri itu dan mahu hidup dalam keadaan tenang.

Sekarang rakyat Perak gembira kerana dua pihak yang bersengketa, ada niat mahu mencari jalan keluar.

Apakah hasilnya pertemuan kedua-dua pihak tersebut? Sama ada membentuk kerajaan campuran ataupun bersetuju membubarkan DUN? Tun Mahathir tidak setuju DUN dibubarkan. Alasannya ia membazirkan banyak wang rakyat kerana perlu mengadakan pilihan raya negeri.

Beliau sebaliknya mencadangkan agar ADUN Barisan Nasional melakukan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar pakatan pembangkang.

Walaupun begitu, cadangan Dr. Mahathir itu tidak dapat menyelesaikan masalah, sebab peristiwa 7 Mei iaitu ketika pertukaran Speaker DUN Perak menjadi kelam-kabut sehingga menjadi bahan ketawa rakyat negara ini.

Ramai yang berpendapat pertemuan pemimpin pakatan pembangkang dengan Perdana Menteri adalah permulaan yang baik, walaupun ia hanya gimik politik. Perkembangan kemelut politik Perak ini, siapakah betul dan siapakah salah?

Pengundi Perak sudah tentu ada perkiraan mereka. Perak hanya boleh melalui pilihan raya, biar rakyat sekali lagi menjadi ‘tauke’ dan hakim.

Biar mereka memilih pemimpin baru dan mengembalikan ketenangan di negeri itu, lapor akhbar berkenaan.


No comments: