Friday, May 01, 2009

Kes DUN Perak : Aci dan tidak aci !!!

DUN Perak BN masih mahu memenangi pusingan terakhir ini. Dan segala instrument memang menunjukkan akhirnya UMNO BN akan menang. Sementelahan semua institusi telah 'dibeli' UMNO tanpa gunakan 'urusniaga' wang tunai.

Buktinya sejarah membuktikan kes pengharaman UMNO dan terpecat Tun Salleh Abas daripada jawatan Ketua Hakim Negara. Bagi UMNO BN dalam hidup mereka tiada adab, tiada akhlak, tiada..tiada apa-apa sahaja. Apa yang penting matlamat mereka tercapai.

Sebagai contoh, jika di Dewan Rakyat spekaer Dewan rakyat Pendikar Amin boleh sewenang-wenang menggantung Gobind Singah selama 1 tahun dengan tanpa elaun wakil rakyat. Ini tidak menjadi kesalahan dan tidak diperbahaskan. Kuasa speakar malah turut disokong, dengan rasa tidak bersalah spekar Dewan rakyat terus menggunakan kuasanya, tanpa diganggu gugat. Alasan beliau menjalankan tanggungjawab bagi mendisiplinkan anggota dewan. bersikap adail pada semua.

Sebaliknya, bila berlaku di DUN Perak kuasa speaker di cabar, dipertikaikan dengan media menjadi saluran penghakiman dan rakyat UMNo sebagai juri termasuk RTM dan TV3 menjadi peguambela sejati UMNO BN.



Speaker DUN Perak: Ganesan sahkan dicalon ganti Sivakumar

Bekas ADUN Sungkai dari MIC telah beri persetujuan

CALON BN... Barisan Nasional menamakan Setiausaha MIC Perak, Datuk R. Ganesan sebagai calon jawatan Speaker DUN negeri itu yang kini disandang oleh V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat. Kedudukannya akan diketahui 7 Mei ini.

PETALING JAYA: Setiausaha Badan Perhubungan MIC Perak, Datuk R. Ganesan mengesahkan yang namanya telah dicalonkan untuk menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat minggu depan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai itu menjelaskan, beliau telah memberi persetujuan untuk dilantik ke jawatan tersebut apabila DUN bersidang Khamis ini.

"Saya telah menandatangani surat persetujuan dilantik ke jawatan Speaker dua hari lalu, 29 April," kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Beliau juga merupakan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC dari tahun 2000. Beliau memenangi kerusi DUN Sungkai dengan menewaskan A. Sivanesan dari DAP pada pilihan raya umum 2004.

Ganesan, 57, lulusan undang-undang menambah, beliau bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut jika diberikan kepercayaan oleh parti.

"Saya adalah penyokong parti dan apa jua keputusan dibuat oleh parti, saya akan menyokong.

"Dalam hal ini, saya mengucapkan terima kasih kepada pucuk kepimpinan MIC dan Menteri Besar (Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir) kerana memberikan kepercayaan memegang jawatan ini," katanya lagi. "Saya telah mendengar khabar angin bahawa saya akan dilantik sebagai Speaker sejak beberapa hari yang lalu dan ada dua nama lain turut disebut-sebut... ia cuma menjadi pasti kelmarin apabila surat persetujuan diberikan kepada saya oleh BN untuk ditandatangani," katanya.

Laporan media menyebut antara nama turut disebut-sebut ialah Datuk Dr. S. Vasan yang pernah bersaing di kerusi DUN Pasir Panjang pada Mac 2008, yang dimenangi oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

USUL

Terdahulu, Bernama melaporkan, BN telah menamakan Ganesan sebagai calon Speaker DUN Perak yang baru.

Memetik tulisan Sivakumar dalam blognya: speakforperak.blogspot.com, laporan itu menyebut bahawa usul tersebut telah diserahkan ke Pejabat Setiausaha DUN Perak di sini pada pagi semalam.

Usul bertarikh 29 April lepas itu dicadangkan oleh Zambry dan disokong seorang Exco Datuk Hamidah Osman.

"Surat persetujuan daripada Datuk R. Ganesan untuk dipilih sebagai Speaker Perak juga disertakan bersama-sama usul ini," katanya.

Sivakumar pada satu sidang akhbar di sini semalam ketika ditanya mengenai usul pelucutan jawatannya, katanya beliau mengakui memang ada usul yang diterima berkaitan perkara itu tetapi menegaskan pihaknya belum membuat apa-apa keputusan lagi.

Zambry pada minggu lepas telah mengemukakan usul kepada pejabat Setiausaha DUN Perak untuk melucutkan jawatan Speaker V. Sivakumar seterusnya melantik speaker baru pada persidangan DUN dijadual 7 Mei.

Usul itu yang disokong Hamidah menerusi surat bertarikh 22 April lepas diterima Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri pada 23 April dan diberi notis untuk dibawa pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, DUN Perak ke12 pada tarikh yang ditetapkan itu.

Abdullah dalam suratnya kepada semua 59 ADUN Perak bertarikh 27 April lalu berkata, sekiranya usul itu diluluskan dalam mesyuarat berkenaan, urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker baru.

Berikutan itu, beliau meminta semua ADUN mengemukakan cadangan bagi memilih Speaker baru menggunakan borang pencalonan yang dikepilkan bersama dengan surat berkenaan.

Nizar pada sidang akhbarnya semalam ketika ditanya mengenai usul untuk melucutkan jawatan Sivakumar, berkata semua ADUN berhak mengemukakan apa saja usul dan terpulang kepada Speaker untuk tindakan seterusnya.

Bekas Exco Kanan Perak yang juga Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham sebelum ini dilaporkan berkata ADUN pakatan PAS-DAP-PKR tidak akan memberi maklum balas terhadap usul tersebut kerana mendakwa notis yang dihantar Abdullah itu tidak sah disebabkan Setiausaha DUN Perak telah digantung tugas oleh Speaker bulan lalu.


No comments: