Saturday, May 02, 2009

Pakatan: Ambil seriius perletakan jawatan ADUN meraka !!!!

UMNO dan media kini mengatur startegik 'sulit' memberi gambaran imej 'buruk' kebanyakan wakil rakyat Pakatan Rakyat tiada ketahanan diri. Tindakan akhir mereka adalah meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Terkini selepas DUN Penanti, menyusul nanti adalah DUN Kota Alam Shah di Selangor bakal dikosongkan oleh wakilnya yang kini berada dalam tahnan ISA di Kemunting. Strategi memujuk rayu , mengugut, menancam adalah 'raja' kepada senjata kepimpinan UMNO dan kerajaan yang baru. Permainan politik licik inilah kita lihat Fairus TM 1 mewakili DUN Penanti mengssongkan kerusinya. Sedikit masa dulu ADUN Bkt Selambau di Kedah, wakli rakyat bebas kemudian masuk PKR diugut dan dipsaiko sehinggakan mereka ini 'secara paksa rela' mengosongkan kerusi.

Semua tindakan ini, sedikit sebanyak menjejaskan reputasi dan prestasi ADUN Pakatan Rakyat yang jauh dari sudut nilaian awam ADUN UMNO BN teruk, maka teruk lagi ADUN_ADUN Pakatan Rakyat. Gambaran rakyat disusah dan dipayahkan sekarang terpahat diminda rakyat khasnya bagi kawasan DUN_DUN berkenaan. Di sinilah UMNO sudah berjaya.

Justeru itu, pimpinan Pakatan Rakyat kena berbuat sesuatu khasnya daripada PKR dan DAP. Nilaian masa hadapan, strategi menangkis serangan musuh dan berlebihan membuka ruang kepada tindakan desparado UMNO akan melemahkan kerajaan Pakatan dan gabungan Pakatan Pembangkang yang mula menampakan keserasian dan kesefahaman. malah peluang bersepakat ini kembali jitu selepas luluh dan terlerai APU dahulu.



Letak jawatan: ADUN Kota Alam Shah umum pendirian 19 Mei

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah dari DAP, M. Manoharan (gambar), yang kini ditahan di bawah ISA, disahkan isterinya bahawa beliau sedang memikirkan dengan serius untuk melepaskan kerusi tersebut atas alasan tidak berupaya memberi khidmat dengan berkesan kepada pengundi-pengundinya sepanjang 14 bulan lalu.




No comments: