Hari ini membaca akhbar-akhbar pro kerajaan perpaduan mengamit hati penulis bagi turut serta memberikan pandangan. Dalam amna-mana kaedah memberi idea apatah lagi ia melibatkan perkara besar. Maka pihak yang ingin memberi idea itu hendaklah jelas akan wawasan mereka.
Pertama idea itu , mestilah diperincikan dan dicanaikan kepada semua peringkat terutama. Pencernaan idea hendaklah diperjelaskan peringkat pimpinan pertengahan dan bawahan yang kurang arif dan memahami akan kehendak pimpinan atasan. Mereka pimpinan atasan ibarat orang di atas bukit tentu nampak apa-apa sahaja yang ada di bawah bukit.
Kini, polimek ini menjadi berat kerana pimpinan atasan yang membawa idea itu kurang mencernakan ideanya kepada pimpinan pertengahan yang menjadi mederator dengan pedokong dan pengikut parti berkenaan.
Langkah, kesungguhan membawanya perlu dipanggil satu sesi taklimat untuk didengari oleh semua pihak. Perbahasan dan perdebatan perlu dibuat. jika perlu paggil muktamar khas yang mana lunas-lunas perlembagaan parti didahului. Janganlah terlalu ghairah kita mendahului parti sedangkan mandat kefahaman perlu diperolehi terdahulu barulah sokongan akan mudah diperolehi jika semua pihak faham. Janganlah kita ambil pendekatan HAMAS di Palestine sebagai rujukan dan jadikan alasan. Seolah-olahnya kita yang tidak menyokong idea kerajaan Perpaduan jadi macam Fatah lagaknya.
Justeru kita kena fahami buat kerja secara bersungguh ikut saluran sedikit kerenah harap bersabar jangan mudah putus asa dan melenting serta merajuk. Kan kita adalah pejuang Islam belaka. Tidakkah kita sanggup berkorban sedkikit perasaan dalam hal ini.
No comments:
Post a Comment