Monday, May 04, 2009

Sabar dan jangan mungkir janji malu kita ?

Jiwa pejuang Islam beerjiwa besar, walau apapun sekali hujah, walau apa pun rasionalnya. Terkadang dalam soal ini kita kena belakangkan hujah dan tolak rasionalnya. Begitulah juga dengan apa sahaja alasan PAS Permatang Pauh atau Pulau Pinang. Kita pejuang Islam, orang diajar mematuhi apa sahaja perjanjian hatta dengan musuh sekali pun. Caranya ikut apa mana sahaja anjuran dan cara nabi selesaikan permasalahannya.

Kita jangan bertindak semberono, dan mengikut rasa sahaja. Sememang mengikut nilaian kita semasa sememangnya tidak adil, itulah ujian ALlah, hanya orang yang sentiasa berbalik dan redha dengan apa sahaja ujian cubaan allah akan berjaya. Ambillah kisah sebagaimana ALlah arahkan Nabi Musa lari daripada bala tentera Firaun, wahyu ALlah minta lari sampai ke gigi air Laut Merah. Maka semua pengikut samapi ke sana , dalam masa yang sama tentera Firaun semakin dekat dan boleh nampak mereka hanya bebrapa meter sahaja dekatnya.

Namun pengikut Nabi Musa terus yakin dan yakin, nabi Musa sendiri buntu mahu lari ke mana air laut yang dalam dan maut dari segi logiknya akal kita. Maka matilah Musa dan pengikutnya dari segi logik. Justeru ALlah wahyukan Musa ketuk tongkat ke air maka terbelah membentuk lorong, maka lalulah pengikut Nabi Musa, mereka terus juga dikejar. Pendekata ini adalah kerja-kerja ALLah yang logok akalnya sukar diterima, tetapi yakinilah itu adalah aqidah maka umat Musa tidak goyah.

Justeru begitu juga kita kena korbankan kerusi Penanti kerana ia adalah hak PKR yang dijanjikan dan disepakatkan. Janganlah kita daripada orang yang mungkir janji.




Jangan buat kacau minta PAS tanding di Penanti - Nik Aziz

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu anggota parti itu membuat kacau dan membelakangi perjanjian dengan sekutunya dalam akatan PAS-DAP-PKR dengan menuntut PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS perlu berpegang pada janji yang dibuat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pengagihan kerusi pilihan raya yang dibuat sebelum ini.

"Kalau itu kawasan PKR, hak dialah. Kita kena balik kepada perjanjian. Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna.

"Macam di Kelantan, kita ikut perjanjian. Kita beri (kerusi) kepada PKR, dia nak menang ke, kalah ke, itu dia punya pasallah," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman beliau di Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin supaya pimpinan parti itu menimbangkan untuk meletak calon PAS bertanding di DUN Penanti, setelah kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 32, berkuat kuasa 16 April lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin lepas menetapkan tarikh penamaan calon pada 23 Mei dan sekiranya ada pertandingan, hari pengundian pada 31 Mei.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengulangi pendirian parti itu untuk menyokong calon PKR, Mansor Othman dan keputusan itu adalah muktamad.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya PKR telah bertanding di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum (PRU) tahun lepas dan memenanginya.

Setakat ini, Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan sama ada akan bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil DUN Penanti ini. BERNAMA

No comments: