Thursday, May 21, 2009

Kerajaan PR: Esok Masih Ada ?

Bagi orang politik, mestilah bertanya adakah esok masih ada lagi kerajaan Pakatan Rakyat. Hujahan biasa pertama jika semua mengikut dan berhukum dengan hukum serta kaedah sedia ada, jawapannya kerajaan Pakatan Rakyat masih ada. Hujahnya sebagai yang diperbahasakan dan dihujahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Nizar Sah sebagai MB Perak. Sultan tiada kuasa memecat MB Perak. MB Perak mesti dijatuhkan melalui undi tidak percaya menerusi usul di dalam DUN Perak. Kedua membubarkan DUN Perak, maka MB Perak dengan sendiri gugur selaku MB. Dan ketiga meletakkan jawatan. Ini adalah hujah-hujah asas , itupun sekiranya para hakim mahu berhujah dan berhakimkan hujah-hujah yang dilembagakan atau yang tidak dilembagakan melalui kuasa common law mengikut sisitem British.


Namun, yang peliknya guru kerajaan Malaysia adalah Perlembagaan Britian, maka undang-undang ditiru sebiji daripada sana. Maka bila berhakim seperti selalunya mereka mengikut kata hati mereka, ke India tidak, ke Barat tidak, ke Timur pun tidak. tetapi ikut kata hati mereka. Maka esoknya jam 3 petang di Mahkamah Rayuan maka Nizar sahlah tidak sah menjadi MB Perak.

Maknanya UMNo akan menyunatkan semula Zambry dan dijadikan imam. Mula tidak sah. maklumlah Iman dah tua baru nak disunat, maka terpekik terlolonglah, maka tukang sunat tu pula jenis kasar. Maka masa depan PR di Perak esok adalah lebih kepada tiada esoknya ?


No comments: