Berpolitik dan berpolemik, itu adalah asam garam dalam dunia politik. Hatta dalam gerakan Islam atau harakah Islamiyyah soal-soal seumpama isu kepimpian ulama sebagai umara, muhabalah, muzakarah dan sebagai nya sentiasa menghidupkan jemaah ia jadi nadi perjuangan serta menjadi pelajaran buat semua para pendokong. Hala tuju parti mestilah mengikut apa yang dilembagakan melalui perlembagaan parti.
Dalam PAS atau harakah Islamiyyah pernah melalui semua zaman gemilang, zaman kepudaran , zaman kemunduran, zaman kefuturan para pejuang, zaman era ulama, zaman ulama bersama profesional, zaman ulama nasionalis dan sebagai sudah dilalui, semua adalah menjadi pelajaran kepada par pedokong dan peneraju PAS itu sendiri. Antara proses inilah sentiasa mematangkan PAS, pemimpin pergi dan datang usia jemaah sudah tua, maka proses menyaring pemimpin muda ke tua itulah peringkat proses jemaahnya.
Terkini, teguran panas dan pedas anak Musyidul Am bahawa pembantu ayahnya telah membuat kerja-kerja bodoh. Kupasan Nik Abduh adalah cukup jelas dan kita sebagai pendokong dan penyokong amatlah bersetuju akan ketidakpatutnya si pembantu berbuat demikian. Kita hendaklah menjadi pembantu yang boleh membantu parti , bukan setakat membantu dari sudut-sudut tertentu dan terpilih-pilih sahaja.
Mungkin isu pembantu ini sudah mengakar , dan mungkin sudah sampai ke peringkat keterlaluan, sehingga mengeruhkan hubungan antara dua tokoh ulama PAS. Niat inilah yang perlu kita hayati seperti kata anaknya Nik Abduh itu. Kita pun sendiri kenal Nik Abduh tokoh wataknya adalah persis ayahandanya. Sememang beliau nampak ikhlas, penulis pernah bertemu beliau pertama kali di Maran Pahang.
Nik Abduh baru balik (tamat pengajian di India) bertahun-tahun. Tetapi destinasinya bukanlah ke rumah nya di Pulau Melaka, tetapi ayahnya sambut di KLIA dan arahkan ke Maran bagi gantikan beliau bersama orang PAS di Maran Pahang. Bayangkan si anak ini terus sahaja tanpa banyak soal dan bantah. Inilah Nik Abduh yang terdidik dan dididik sedemikian rupa dalam berpolitik persis ayahandanya. Kita sememangnya kenal sangat dengan beliau.

No comments:
Post a Comment