Apa pun dalam kita bersama menghadapi kegawatan ekonomi, tindakan menutup penerbitan 2 akhbar suara rasmi pembangkang itu sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan rakyat. Kerancakan ekonomi terencat, ekonomi negara juga terjejas kehidupan rakyat terhimpit. Kajilah ikut manapun teori ekonomi, tindakan menutup sementara akhbar ini akan menjejaskan negara.
Tindakan lunak Najib sebelum 24 jam dilantik sebagai PM janganlah hanya dijadikan sebagai political mailage sahaja, setidak-tidak kita mahu beliau menkonsistensisasi tindakan beliau. Harap ada, percaya jangan!!!!
PAS sambut baik tarik balik larangan penerbitan Harakah
KUALA LUMPUR:PAS menyifatkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menarik balik larangan penerbitan sementara dua akhbar, Harakah dan Suara Keadilan sebagai petanda yang mampu menyuburkan semangat demokrasi di negara ini.
Ketua Pemuda PAS Pusat Sallahuddin Ayob berkata langkah menarik balik larangan itu dilihat mengembalikan kepada yang hak yang sememangnya diberikan sebelum ini serta ia sememangya sepatut dilakukan oleh Najib yang baru memegang jawatan itu.
"Adalah diharapkan jika Perdana Menteri ingin menyuburkan lagi semangat demokrasi yang mungkin menjadi perkara yang dilakukan hari ini, kita berharap supaya akhbar rasmi PAS, Harakah dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan diberikan permit harian," katanya ketika dihubungi di sini,semalam.
Walaupun Najib tidak menyebut secara khusus nama dua akhbar terbabit dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri malam ini tetapi diketahui umum bahawa Harakah dan Suara Keadilan telah digantung sementara penerbitannya.
Harakah dan Suara Keadilan digantung serta-merta selama tiga bulan mulai 23 Mac lepas.
Salahuddin berkata tindakan Najib itu juga mampu menaikkan rating negara sebagai sebuah negara yang tinggi indeks demokrasi di dunia.
Mengenai tindakan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kajian semula akta itu, Salahuddin berkata sekiranya ruang yang terbentang sekarang ini digunakan sepenuhnya, ia merupakan satu harapan baru untuk mendapatkan impak yang lebih baik dalam menghapuskan ISA.
"Pembebasan 13 orang tahanan itu juga adalah satu permulaan ke tahap ISA dihapuskan. Akta yang sedia ada sudah cukup untuk menjaga keselamatan negara," katanya.BERNAMA
No comments:
Post a Comment