Sunday, March 08, 2009

Ketuanan Rakyat : Perlu diagendakan !!!

Hari ini DSAI , memberi satu sudut wacana ilmiah dengan mengarap satu idea baru iaitu ketuanan rakyat. Sesudah 52 tahun kita merdeka kepelbagaian bangsa jika diasaskan dengan asas yang betul dan tepat serta telus tidaklah lahir lagi generasi masih menguatkan diri , melekatkan diri masing-masing dengan kelompok identiti bangsa masing-masing.

Biarlah UMNO masih terus terusan menjadikan agenda ketuanan Melayu dan ketuanan Raja, diangkat-angkat dan dijulang-julang serta dijilat oleh mereka. Bagaimana satu bangsa yang mendakwa mereka mempunyai minda kelas pertama, mencorakkan negara.

Ketelusan, hak kesamarataan, hak kebersamaan diboloti oleh satu kaum tertentu, malah kaum tertentu itu pula hanya dirasai nikmatagihan kekayaan kepada para kroni-kroni terdekat. Bangsa nya itu hidup merempat dan melarat, teruka lagi jika dibandingkan dengan rakyat AS berkulit hitam jauh baik adanya.

Justeru itu, setidak-tidak agenda ketuanan rakyat perlu disebarluaskan, biarlah PR diterima rakyat terbanyak dan beransur-ansur menolak BN daripada kekuasaan negara. Katakan cuku kepada mereka.

No comments: