Sunday, March 08, 2009

8 Mac: Muhasabah diri tok wakil kita ?

Hari ini 8 Mac , bermakna genaplah setahun PR menguasai 5 buah negeri selepas PRU ke 12. Begitu juga dengan tempat penulis di Pahang. DUn di Pahang mengandungi 42 buah kerusi , daripada jumlah itu 4 dimenangi oleh pembangkang iaitu 2 PAS dan 2 kerusi oleh DAP. Kerusi PAS adalah di DUN Kuala Semantan dalam Parliemn Temerloh dan DUN Beserah di Parlimen Kuantan. Sementara DAP menang di DUN Triang dalam Palimen Bera dan DUN Tras, Raub.

Program separuh hari ini, dihadiri oleh wakil rakyat DUN Kuala Semantan, pimpinan PAS Kawasan serta terbuka kepada semua orang dan ahli turut hadir. Wacana ini dibuat bagi mendapatkan feedback daripada seluruh ahli tentang apa-apa sahaja mengenai wakil-wakil rakyat Pakatan.

Justeru banyaklah info, cadangan, pandangan dan kritikan pedas dilontarkan kepada wakil rakyat berkenaan serta kepimpinan PAS peringkat Kawasan. Teguran , cadangan , kritikan ini dibuat bagi memandu wakil rakyat kita ke landasan yang betul dan jangan leka , terbuai dengan kemenangan yang sedikit ini.

No comments: