Wednesday, November 05, 2008

Tidak Matang bila kerajaan di sanggah !!!

Bila pembangkang keluar Dewan Rakyat media dan kerajaan labelkan sebagai tidak matang. Unit ukuran kematangan UMNO/BN bila pembangkang yang kerjanya membangkang dan tidak sehaluan dengan bertindak membangkang mereka. Seandainya pembangkang tidak membangkang sebaliknya mengiakan apa yang kerajaan buat tentulah ukuran tidak matang itu , menjadi matang. Komen ini tentulah disokong oleh Prof Zainal Kling, Atory Hussin, Nordin Kardi dan Ramlah Adam.

Ini adalah gara-gara MP Batu Tian Chua meminta laluan semasa TPM sedang membentangkan Bajet Tambahan 2009 di Dewan Rakyat. Sebaliknya atas 'kedegilan' MP Batu itu speaker Dewan bertindak menghalau Tian Chua keluar Dewan. Ini membangkitkan kemarahan rakan pembangkang lain, akibat tindakan 'BULI' oleh speaker yang bertindak secara tidak profesional.

Justeru itu, kita mahukan Dewan rakyat dan wakil-wakilnya memikirkan bagi menjaga martabat Dewan harus melantik orang yang berkecuali, kerana situasi memihak seperti mana Dato Zaki dalam bidang kehakiman yang mengundang ontroversi berpanjangan keresahan dan kesangsian rakyat.





.............

Tindakan ahliahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat ketika Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Bajet 2009 disifatkan sebagai perbuatan yang tidak matang.

Rata-rata menteri Kabinet dan juga ahli Parlimen ketika ditemui pemberita menyifatkan anggota pembangkang tidak sabar sehingga bertindak keluar dewan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan keputusan pembangkang untuk keluar dari dewan sebagai satu tindakan yang memalukan..

"Mereka sepatutnya lebih matang dan bijaksana dalam soal ini, dengar dulu jawapan yang hendak diberikan oleh Menteri Kewangan kemudian baru tanya," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, pembangkang sepatutnya memanfaatkan peluang tersebut untuk mengemukakan soalan kepada Najib tetapi mereka tidak menggunakannya sebaik mungkin.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula memberitahu, anggota pembangkang terlalu emosi sehingga bertindak keluar dari Dewan Rakyat.

"Timbalan Perdana Menteri sudah pun berjanji untuk memberi peluang kepada mereka mencelah selepas ucapan penggulungannya selesai tetapi nampaknya mereka tidak sabar," katanya.

Jelasnya, pembangkang sememang memasang niat untuk bertindak demikian dan ia cukup jelas apabila mereka bersepakat untuk keluar beramai-ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai pula menyifatkan tindakan pembangkang itu hanya untuk mendapatkan keuntungan politik.

"Jika mereka hanya hendak bermain politik sahaja, saya rasa ia merupakan satu tindakan yang tidak bijaksana," tegasnya.

Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad pula berkata, perubahan yang dilakukan di dalam bajet seharusnya diterima baik oleh pembangkang dan bukannya bertindak untuk keluar dewan.

"Secara keseluruhannya belanjawan tidak berubah, ia harus diterima baik oleh pembangkang," ujarnya.

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan ketika ditemui memberitahu, wakil rakyat pembangkang tidak sewajarnya bertindak demikian memandangkan mereka merupakan individu yang mewakili suara rakyat di Parlimen.

"Najib telah berjanji untuk memberi peluang kepada mereka tetapi mereka tidak sabar untuk menunggu giliran sehingga terlepas peluang untuk mendengar dan bertanya soalan," katanya.

No comments: