Wednesday, November 05, 2008

Pembangkang HAMPAS atau NAJIB yang HAMPEH ?

Bajet alternatif pembangkang hampas ... kata Najib. Menurut loghat Pahang 'hampas' ini adalah bahasa kesat yang menunjukkan tidak guna, tidak boleh pakai. Maknanya tiada langsung sumbangan . Inilah hari pertama Najib bentang bajet di Dewan itulah bahasa yang digunakan.


Kelmarin Kod Etika Berbahasa mahu dilancarkan kepada semua ahli Dewan oleh KKEKWA ternyata dicabar. Maknanya Kod Etika sudah hancur lebur, pemimpin BN hanya pandai semacam burung murai yang dilatih atau burung petutuh untuk berkata-kata sahaja. Justeru rakyat diminta tolak terus kerajaan dan pimpinan UMNO/BN. Katakan TIDAK dan cukuplah sahaja.
............

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bajet alternatif pembangkang merupakan satu cadangan hampas yang boleh membawa negara ke lembah kehancuran ekonomi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang telah mencadangkan suatu bajet alternatif yang bersifat menguncup dengan potongan sebanyak RM24 bilion ringgit daripada jumlah Bajet 2009.

''Ini adalah suatu cadangan yang akan membawa ke lembah kehancuran ekonomi seperti yang pernah dicadangkan pada tahun 1997 oleh Menteri Kewangan ketika itu," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sebaliknya, cadangan yang diumumkan hari ini adalah bersifat pengembangan sebagai penjana pertumbuhan yang berganda sifatnya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang merupakan Menteri Kewangan pada tahun 1997 hanya mengikuti penggulungan itu separuh jalan kerana bertindak keluar Dewan bersama ahli Parlimen pembangkang.

Mereka berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Najib yang hanya akan memberi laluan untuk penjelasan selepas beliau membentangkan langkah-langkah tambahan Bajet 2009.

Menurut Najib, ketika ekonomi dunia menguncup, langkah yang tepat ialah menyuntik dana tambahan agar ekonomi tidak mengalami kemelesetan, sebaliknya boleh terus berkembang.

''Inilah perbezaan yang amat ketara antara cadangan bernas kerajaan dan cadangan hampas pihak pembangkang," katanya.

Najib berkata, dalam melaksanakan dasar fiskal yang mengembang, kerajaan akan menyemak semula projek-projek dengan memberi keutamaan kepada projek yang boleh dilaksanakan segera serta mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan kandungan import yang rendah.

''Ini akan dilaksanakan tanpa menjejaskan jumlah

perbelanjaan pembangunan yang telah diperuntukkan bagi tahun 2009 sebelum ini.

''Sebagai contoh, kerajaan telah menangguhkan pembelian helikopter untuk Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, supaya penjimatan ini boleh digunakan bagi projek pembangunan yang lain," jelasnya.

No comments: