Tuesday, November 04, 2008

Kod Etika Wakil Rakyat - TGNA ulas !!!

MB Kelantan alu-alukan Kod Etika wakil rakyat

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik cadangan kerajaan mengadakan Kempen Budi Bahasa di kalangan ahli-ahli Parlimen.

Menurut beliau, kempen seumpama itu sesuai dan relevan untuk dilaksanakan di kalangan Ahli Parlimen bagi memastikan mereka lebih berhatihati sebelum bercakap dan menjadi contoh terbaik untuk diteladani.

"Ahli Parlimen ni orang yang berada di atas, sudah bijak pandai, banyak pengalaman, tidak perlu nak adakan akta atau sebagainya untuk kawal mereka," katanya kepada Bernama ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas cadangan kerajaan memperhebatkan kempen Budi Bahasa di kalangan ahli Parlimen yang dibuat Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, semalam.

Menurut Shafie, Ahli Parlimen mempunyai pengaruh kuat bukan sahaja di kawasan masing-masing tetapi juga di peringkat kebangsaan.

Shafie berkata, kementeriannya telah mengenal pasti beberapa pendekatan yang sesuai untuk kegunaan Anggota Parlimen dan ahli Yang Berhormat, antaranya melalui penyebaran risalah. BERNAMA

No comments: