Monday, November 03, 2008

Tabiat UMNO dengan apa yang dipimpin ?

Tarik tali dan main-main dengan amanah dan dengan rasa tanggungjawab serta tidak takut kepada Allah. Inilah sikap mereka terhadap amanah rakyat. Beginilah pemimpin UMNO terutama yang menerajui dan memimpin kerajaan dan negara.


Penyelewengan duit rakyat, mencuri duit rakyat dan melanggar amanah rakyat terhadap adalah perkara biasa. Perasaan takut atau bersalah tiada langsung ada dalam lubuk hati mereka. Amanah selama 50 tahun menjadi perkara sia-sia, maka kita tunggulah sahaja kemusnahan kepada negara kita ?

Eurocopter: PAC tangguh mesyuarat


Mesyuarat Jawatankuasa KiraKira Wang Negara (PAC) hari ini terpaksa ditangguhkan ke Isnin depan, selepas jawatankuasa berkenaan tidak berpuas hati apabila pegawai tertinggi Kementerian Kewangan gagal hadir tanpa alasan yang kukuh.

Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, kementerian itu hanya menghantar seorang Setiausaha Bahagian untuk menghadiri mesyuarat hari ini yang berlangsung kurang daripada sejam.

''Isu ini adalah isu yang serius dan mempunyai profil tinggi di kalangan masyarakat maka PAC tidak berpuas hati dengan kehadiran seorang pegawai sahaja.

''PAC memerlukan sekurang-kurangnya kehadiran Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kewangan sendiri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Azmi menambah, hari ini merupakan hari kedua PAC bermesyuarat berkaitan dengan pembelian Eurocopter.

''Sebagai custodian (penjaga) dalam urusan pembelian, kewangan dan sebagainya ia menjadi tanggungjawab KSU Kementerian Kewangan untuk tampil dalam mesyuarat hari ini.

''Sepatutnya Ketua Setiausaha berkenaan memberikan surat kepada PAC menjelaskan alasan beliau tidak dapat hadir. Bagaimanapun tidak ada notis bertulis yang diberikan dan alasan yang diberi iaitu sibuk dengan tugas-tugas lain tidak meyakinkan PAC," katanya.

Tambah Azmi, pada 3 November ini, Bahagian Teknikal Kementerian Pertahanan akan dipanggil semula kerana ada beberapa perkara yang perlu dijawab berhubung isu itu.

''Pada Isnin ini, Kementerian Pertahanan akan memberikan keterangan pada sebelah pagi sementara pada sebelah tengah hari Kementerian Kewangan pula akan memberikan penjelasan mengenai penilaian kewangan. Kita harap KSU Kementerian Kewangan akan hadir Isnin nanti.

''Buat masa ini PAC tidak akan memanggil Menteri atau Timbalan Menteri kementerian terbabit untuk memberikan keterangan kerana belum ada keperluan untuk berbuat demikian," jelasnya.

No comments: