Monday, November 03, 2008

PKNS dan UMNO !!!!

Kelmarin YB Khalid Samad selaku Timb Persuruhjaya 2 Selangor semasa berucap di Ijtima PAS Kuala Krau antara lain mengulas dan memberi penjelasan sebenar tentang isu Pengurus Besar PKNS yang dibangkitkan. UMNO secara terang-terangan mendakwa menentang keras usaha kerajaan Negeri Selangor menamakan Madam Low Siew Moi selaku pemangku Pengurus Besar PKNS.

UMNO dakwa hak perjawatan itu adalah untuk bumiputera Melayu dan Islam. Bagi kita yang buta maklumat tentulah akan termakan dengan dakwaan ini. Samada berasas atau tidak atas semangat Melayu dan islam tentulah kita bersetuju dan menyokong kerana atas sifat Islam Melayu. Walaupun tidak semua Melayu Islam itu baik, telus, pandai mengurus dan pentingkan negara. Namun kita lupa yang Cina bukan islam itu jauh lebih jujur, ikhlas , tekun dan amat patriotisme kepada negara.

Dah memanglah kita sebagai orang yang bersifat jauh, tambahan buta maklumat akan termakan dengan dakwaan di atas. Tetapi kini situasi sudah berubah pembangkang sudah memiliki 5 buah negeri, jalur lebar dan internet adalah saluran pantas penyebaran maklumat. Bila rakyat faham UMNo terpukul kembali dengan 'serangan' buta tuli dan anggapan semua rakyat boleh dikencing dengan mudah, seperti isu Ku Li memakai tengkolok lambang salib pada pilihanraya ke 9 lepas. Kemenangan PRU 9 UMNO BN menang besar dan mudah waktu BA sedang diterima rakyat.

Berbalik kepada isu Pengurus Besar PKNS, YB Khalid menjelaskan duduk perkara sebenar tentang Madam Loi yang sering melaksanakan semua kerja-kerja PKNS berbanding pengurus Besarnya. Maknanya nadi utama bagi PKNS. Beliau telah dilanjutkan tempoh memangku lagi setahun atas perjawatannya yang sedia ada. Sehinggalah kekosong Pengrus Besar PKNS yang baru tiba, alasan kesinambungan tugas dan perjalanan PKNS adalah menjadi asas pertimbangan ia kekal dan dilanjutkan kontrak.






Lebih 20 mohon isi jawatan Pengurus Besar PKNS


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau telah menerima lebih dari 20 permohonan bagi jawatan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang kini dipangku oleh Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun perbadanan itu, Low Siew Moi.

Permohonan itu dari kalangan Bumiputera profesional dan pegawai-pegawai kanan PKNS dan anak syarikatnya, kata Abdul Khalid pada sidang media sempena Majlis Konvokesyen Ketiga Universiti Industri Selangor (UNISEL) di Bestari Jaya di sini.

Khalid berkata, kini tiba masanya "kita memilih orang yang terbaik bagi mengurus PKNS demi memastikan ia mampu membawa pulangan hasil terbaik kepada perbadanan dan memartabatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang pembinaan dan perniagaan." Namun, beliau berkata jika 99 peratus daripada kakitangan PKNS bersungguh-sungguh mahu membangunkan kaum Bumiputera dalam perniagaan sebelum ini, kehebohan pemangkuan jawatan Pengurus Besar itu tidak akan timbul.

Pemangkuan jawatan itu oleh bukan Bumiputera mencetuskan bantahan di kalangan kakitangan PKNS sendiri yang mendakwa ia bertentangan dengan visi PKNS untuk memartabatkan masyarakat Bumiputera dalam ekonomi.

Khalid mempertahankan pelantikan itu dengan berkata, sementara mendapatkan calon Bumiputera yang layak, Low yang telah berkhidmat di PKNS selama 35 tahun dipilih memangku jawatan itu untuk tempoh setahun.

Dalam pada itu, kira-kira 30 anggota Pemuda Umno mengadakan demonstrasi aman di pintu masuk Plaza Tol Kajang di sini semalam sebagai membantah tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low sebagai Pemangku Pengurus PKNS.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd. Sakaruddin Che Mood ketika dihubungi berkata, demonstrasi itu bermula kira-kira 10 pagi dan mereka bersurai kira-kira dua jam kemudian.

Beliau berkata, tiada tangkapan dilakukan dan menurutnya sebanyak 15 anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan tol itu bagi mengawal keadaan.

Isnin lepas, Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Low, yang sepatutnya bersara tahun ini, sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

Berikutan keputusan itu, enam persatuan kakitangan PKNS menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid mendesaknya menarik balik pelantikan Low kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi Bumiputera. BERNAMA

No comments: