Monday, November 03, 2008

Antara kempen Budi bahasa ahli Parlimen dan merosot disiplin pelajar ?

Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Razali Ismail menyentuh disiplin pelajar di Malaysia semakin merundum. Beliau bercakap semasa dalam satu majlis di Chini, Kuantan Pahang. Isu ini samada mereka baru sedar atau buat-buat sedar Wallahualam.

Kecaknaan Timbalan Menteri Pelajaran samada mahu mengambil tahu, atau tanggungjawab amatlah kita hargai. Justeru satu usaha bersepadu dengan kemelut ini wajar diberi nafas baru.

Oleh itu, rentetan dengan masalah disiplin peringkat sekolah yang menjadi gudang latihan anakanak muda , di mana disinilah (sekolah) tempat titipan termasuk budibahasa disemai dan ditanam. Justeru tapak semaian titipan budi dan bahasa sudah 'rosak' dengan serosak-rosaknya . Mana mungkin yang dah rosak mahu dipulihkan seperti meminta ahli Parlimen kita berbudi bahasa. Hanya dengan sekadar kempen amalan budi dan akal yang jauh daripada visi dan misi falsafah pendidikan negara.

Maknanya kita dapat gambarkan sendiri kegawatan. Kesedaran budi bahasa kepada retua-retua pimpinan di Parlimen berbanding dengan keluahan Timbalan Menteri Pelajaran sudah cukup memberi gambaran sebenar kepada kita tentang tenat atau terpukulnya berbudi atau berbahasa kalangan rakyat. Sementelahan Pendidikan Sivik Moral dan Kewarganegaraan baru dikembalikan dan diimbangi dengan Pendidikan Seks yang bakal diwajibkan nanti kepada semua pelajar, mana budi dan mana kempen yang mahu kita bawa...




Terkini , kerajaan

Kempen Budi Bahasa ahli Parlimen

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kempen Budi Bahasa akan diperhebatkan dalam kalangan anggota Parlimen kerana mereka adalah contoh terbaik untuk diteladani oleh rakyat, kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Anggota Parlimen selalu menjadi perhatian rakyat, apa yang mereka katakan adalah menjadi tanggapan rakyat dan sudah semestinya mereka juga terikat dengan sikap berbudi bahasa.

“Mereka merupakan ahli Yang Berhormat yang mempunyai pengaruh yang begitu kuat bukan hanya di kawasan masing-masing malahan juga di peringkat kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita 2008 peringkat kebangsaan di sini hari ini.

“Kita sudah mengenal pasti beberapa pendekatan yang sesuai untuk kegunaan Anggota Parlimen dan ahli Yang Berhormat seperti penyebaran risalah,” katanya.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, amalan mencampuradukkan Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris semasa perbualan harian dalam kalangan rakyat negara ini, menunjukkan mereka mengalami kecamukan budaya.

Beliau berkata, amalan sedemikian bukan sahaja menyebabkan seseorang individu tidak dapat menguasai kedua-dua bahasa berkenaan dengan baik, malah menjejaskan kelancaran berkomunikasi.

“Kalau cakap Bahasa Malaysia cakaplah dengan penggunaan yang betul, kalau cakap bahasa Inggeris pun, cakaplah dengan betul,” katanya semasa merasmikan Penubuhan Majlis Alumni Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia.

Rais berkata, kuasa yang diberi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membetulkan penyalahgunaan Bahasa Malaysia dalam penerbitan dan papan tanda tidak mendatangkan kesan yang positif.

“Masalah penggunaan bahasa adalah lantaran kelemahan dalam penegasan dan penguatkuasaannya, hingga ada pihak yang ambil kesempatan dan memperkecilkan akta Bahasa Kebangsaan,” katanya.

– Bernama


No comments: