Thursday, November 06, 2008

Barak Presiden AS: Harapan ada harap tiada ...!

Kecoh dan Gempar seluruh dunia semalam. Bila Barak Obama dipilih sebagai Presiden AS ke 44 daripada kulit hitam. Soorotan, perbincangan, analisis dibuat dan diangkat timbang ke atas Obama. Seolah-olah macam AS dilanda perisitiwa 16 September lalu bila Bangunan Menara WTC diledak oleh dua buah kapalterbang awam.

Kejutan kemenangan Barak Obama serupa itulah. Macamlah di negara kita dulu Pak Lah baru menang PRU 11 lalu dengan kemenangan besar. Anak Tok Lebai, Cuci Tok Alim , Mr Clean dan macam-macam lagi pujian yang dihamburkan. Maka ternga-ngalah rakyat , ternanti-nanti serta terharap-haraplah rakyat , sudahnya habuk tarak.... Lagi kuat 'tipu' sampaikan semua ahli nya sendiri marah kepadanya.

Kes ini, macamlah harapan dunia kepada Barak Obama juga. Satu orang Barak Obama tidaklah dia dapat merencanakan dunia. Tapi apa pun kita harapkan dia dapat lah sikit sebanyak buat perubahan , seperti mana janji beliau semasa kempen Presiden AS baru lalu.


No comments: