Monday, November 10, 2008

Ketuanan Melayu : PAS Bincangkan ?

Retreat PAS bincang isu ketuanan Melayu

PAS mengadakan pertemuan retreat selama dua hari - sejak Jumaat lalu, antara lain membincangkan pelbagai isu semasa termasuk soal ketuanan Melayu dan kerjasama Pakatan Rakyat.

Ia merupakan retreat pertama diadakan oleh PAS sejak pilihan raya umum ke-12 Mac dan Muktamar PAS di Ipoh, Ogos lalu.Kira-kira 50 pemimpin PAS menghadiri mesyuarat tersebut.

mStar Online difahamkan pertemuan kali ini, yang diadakan Langkawi, telah menyentuh pelbagai isu semasa termasuk kerjasama Pakatan Rakyat yang memerintah lima negeri sejak Mac lalu.Turut dibincangkan ialah kerjasama pembangkang berhubung masa depan politik negara.

Bagaimanapun Setiauasaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar ketika dihubungi berkata, ia merupakan bulanan yang diadakan seperti biasa."Kesemua pemimpin tertinggi hadir termasuk Datuk Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan dan Murysidul Am Pas).

"Jawatankuasa PAS dan Majlis Syura pun ada," kata beliau sambil menambah, tiada perkara khusus dibincangkan."Sekadar yang berkaitan dengan perkembangan semasa dan isu-isu semasa," katanya.

No comments: