Monday, July 21, 2008

Baru Pahang akui rakyat miskin tegar di Pahang

Pahang sasar daftar 250,000 orang miskin

TEMERLOH 20 Julai - Kerajaan menyasarkan 250,000 orang kurang bernasib baik dapat didaftarkan dalam gerakan Cari Kumpulan Sasar di seluruh negara yang bermula awal bulan ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon berkata, golongan kurang bernasib baik itu termasuk ibu tunggal, warga emas, fakir miskin, orang cacat, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim.

Menurut beliau, pihaknya memperuntukkan RM10,000 kepada setiap Parlimen bagi mengendalikan kerja mendaftar serta mencari kumpulan itu untuk diberikan bantuan.

''Pemimpin masyarakat perlu memainkan peranan serta bekerjasama membantu kerajaan untuk mendaftar golongan terbabit dengan segera.

''Kerajaan mempunyai dana yang secukupnya bagi membantu mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Kuala Krau di Sekolah Agama Tarbiah Kerdau di sini hari ini.

Noriah berkata, pihaknya melaksanakan beberapa insentif dan bantuan kepada OKU, orang cacat dan penghidap penyakit kronik bermula tahun ini.

Antaranya, kata beliau, termasuk bayaran insentif RM300 sebulan kepada OKU yang mendapat latihan di Pusat Dalam Komuniti (PDK) selain RM150 sebulan kepada keluarga yang menjaga sepenuh masa mereka yang cacat dan berpenyakit kronik.

''Pesakit kronik terbabit juga diberi bantuan RM300 sebulan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Noriah berkata, kerajaan akan membina PDK di semua 576 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

''Sehingga kini, 379 PDK dibina dan usaha membinanya akan diteruskan sehingga semua kawasan DUN mempunyai pusat seumpama itu," ujarnya.

Selain itu, tambahnya, kerajaan menyalurkan RM35 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang bagi membantu kira-kira 9,000 orang kurang bernasib baik di negeri itu pada tahun ini.

Peruntukan itu katanya, akan ditambah jika bilangan yang memerlukan meningkatkan di negeri berkenaan.

No comments: