Monday, July 21, 2008

Hebat Ahmad Said...!!!!

Benarlah kata Shabery Chik semasa debat dengan DSAI sebelumnya. Dan diiakan oleh Dato Ahmad Said MB terengganu. Bagi kerajaan BN dan UMNO BN kenaikan minyak itu bersifat global dan naik di negara kita tiada kesannya. hasilnya Ahmad Said buat keputusan ini... dikala semua rakyat di suruh berjimat cermat ...

Alasannya mudah , buktinya penyelenggaran Proton Perdana mencecah RM50 ribu sebulan. Manakala penyelenggaraan Mercedes adalah tiada langsung. ini sungguh menjimatkan. Maka semua orang jika mahu belajar menyelenggara kenderaan terutama pemilik Mercedes sila belajar dengan Ahmad Said.\

Justeru, kita minta Ahmad said wajar memberi kursus kepada semua yang berminat untuk menyelenggara kereta Mercedes terutamanya, datang ke KT bagi mengambil kursus berkenaan.


MB: Beli Mercedes bukan guna wang royalti minyak

KUALA TERENGGANU 20 Julai – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (gambar) menafikan pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baru anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri menggunakan wang royalti minyak.

Sambil mempertahankan pembelian kereta itu, beliau berkata, ia sudah lama dirancang bagi menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 Executive bertujuan menjimatkan perbelanjaan tahunan.

‘‘Pembeliannya menggunakan peruntukan yang sudah disediakan sebelum ini. Ia tidak libatkan royalti minyak. Bagaimana hendak guna wang royalti minyak sedangkan kita belum menerimanya daripada Kerajaan Pusat?” katanya selepas tahlil sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin ke-46 di Istana Maziah di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Ahmad berkata, kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut ekoran kos penyenggaraan Proton Perdana terlalu tinggi kerana mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.

‘‘Kita bukan hendak kata kereta nasional tidak baik tetapi hakikatnya tidak sampai dua tahun digunakan, ia terpaksa disenggara kerana beberapa komponen seperti kotak gear rosak.

‘‘Sebagai contoh, kereta yang digunakan oleh anggota Exco kerajaan negeri, Toh Chin Yaw sudah dua kali disenggara dalam tempoh dua tahun melibatkan kos RM50,000,” ujarnya.

Katanya, walaupun kos permulaan pembelian kereta Mercedes tinggi tetapi kerajaan negeri dapat berjimat dari segi kos penyenggaraan dalam tempoh jangka panjang.


No comments: