Sunday, May 25, 2008

Tiada siapa maksum dalam politik di malaysia ?

Dalam kamus politik apa-apa pun boleh berlaku. Tambahan bagi politikus yang 'tiada' prinsip dan maruah serta harga diri. Di atas muka buimi ini banyak dan ramai, tetapi politikus daripada negara matahari terbit, mereka walaupun tiada Islam bersama mereka, mereka amat berpegang teguh dengan niulai-nilai moral pegangan adat dan tradisi mereka. Hak ini tidak dijual beli, klimaksnya mereka sanggup hingga bunuh diri, jika sudah sampai ke peringkat itu pengorbabab mereka.
Bagi politikus negara kita, banyak yang sanggup menjadi pelacur tambahan pula jika ahli politik itu datang daripada parti yang tiada teras yang kukuh, walaupun meletakkan seribu nama keadilan, kesaksamaan atau apa-apa ketuanan seiringan dalam perjuangannya.
Terbaru adalah isu Ezam M Noor , seorang tokoh muda hebat daripada PKR yang keluar PKR menubuhkan Gerak. Tokoh muda yang hebat ini khabarnya sedang mempertimbangkan diri untuk mengitmakan diri atau mengabungkan diri bersama UMNO, parti yang satu masa dulu hanya dia serang kepimpinannya sahaja. Umno tidak diserang, dia cuma tidak setuju kepalanya sahaja pada masa itu Dr m. Semua orang kena tahu ini.
Bila DSAI masuk UMno dan beliau menjadi Su Politik DSAI, bermulalah kehebatan anak muda ini bekerja keras bersama bos lamanya, untuk menawan Umno daripada dalam.
Bagi kita, kita alukan dia ke mana-mana sahaja, itu adalah haknya dan prinsipnya. Tetapi meletakkan Ezam terlalu maksum dalam politik bukan caranya....

Hishammuddin sedia tiga soalan tentang kemasukan Ezam dalam UMNO


KLUANG: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan membangkitkan tiga perkara apabila diminta mengemukakan pandangan oleh pucuk pimpinan parti tentang kemasukan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Noor ke dalam Umno.

Menurutnya, pertamanya beliau akan meminta pemimpin Umno melihat apa manfaat yang bakal diperolehi apabila Mohamad Ezam masuk semula ke dalam Umno, kedua setakat mana keikhlasannya untuk berjuang bersama Umno dan ketiga apa peranan beliau apabila diterima masuk Umno.

Katanya, walaupun Mohamad Ezam belum membuat sebarang keputusan mengenai kemasukannya semula ke dalam Umno, beliau bagaimanapun sudah menyediakan tiga soalan itu untuk diteliti oleh pucuk pimpinan.
"Dalam hal ini, sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno, saya pasti akan terbabit dalam perbincangan mengenai kemasukan Ezam dan saya bersedia untuk mengemukakan tiga perkara penting mengenai beliau.
"Namun saya sendiri belum berkesempatan untuk mendengar sendiri pendirian beliau (Ezam) kerana difahamkan beliau berada di luar negara," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Rakyat di Dewan Majlis Perbandaran Kluang, di Paloh, di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, beliau juga tidak dapat mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, semalam yang mengalualukan kemasukan Mohamad Ezam dan menyifatkan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu sebagai aset kepada parti.

"Saya tak boleh kata Ya atau Tidak untuk menyokong kenyataan itu selagi tiga soalan yang saya sediakan itu belum dijawab," kata beliau yang juga adalah Menteri Pelajaran.

Sementara itu beliau juga ditanya tentang kenyataan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) barubaru ini bahawa pakaian pelajar perempuan ketika ini adalah seksi.

Katanya, beliau berpendapat secara peribadi pakaian yang ketika ini dipakai oleh pelajar perempuan tidak seksi. BERNAMA

No comments: