Sunday, May 11, 2008

Slot berita TV3 waktu puncak memaparkan situasi diruang legar Dewan rakyat. Mula adalah perbalahan Ibrahim Ali dengan sebahagian kecil kumpulan OKU dan kedua diikuti Bung Mokhtar memohon maaf kepada OKU.
Daripada dua situasi di atas ramai blogger bertindak membelasah Ibrahim Ali kerana keangkuhan dan tidak sama sekali mahu memohon maaf kepada Karpal Singah yang dikatogerikan sebagai OKU.
Melihat gelagat Ibrahim Ali semua orang akan marah dan menunding jari bahawa jenis Ibarhim memang Ibrahim. Jsuteru kita sebahagian rakyat kena juga berlaku adil, perangai Ibrahim sejak azali memang macam tu dah.. pembentukan ke arah molek memang sukar , ambil masa, tetapi berapa lama masanya ?
Oleh itu, sifat kekurangan sepatutnya kita terima...lah
Nah lihat berita dan mainan media terhadap Ibrahim Ali ...
Ibrahim Ali Akui Tidak Mampu Bertahan Lama Sebagai Anggota Parlimen Bebas

Datuk Ibrahim Ali hari ini mengakui beliau tidak mampu bertahan lama sebagai anggota Parlimen bebas dan terpaksa juga bernaung di bawah parti untuk melaksanakan tugasnya dengan baik.
Oleh itu, katanya, beliau kini sedang meneliti beberapa parti yang dirasakan "serasi" dengan pendirian dan pemikirannya namun tidak mahu terlalu gopoh untuk membuat pilihan yang sebaiknya. "Saya sedar saya tak boleh selamanya menjadi wakil bebas, saya perlu juga ada parti kerana rakyat mula datang jumpa saya untuk minta bantuan.
"Tapi saya akan ambil masa untuk membuat keputusan, mungkin lima enam bulan lagi kerana saya juga mahu pilih parti yang boleh terima saya seadanya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabat menteri besar itu, hari Ahad.
Ibrahim menang kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS pada pilihan raya umum 8 Mac lepas merupakan satu-satunya wakil bebas di Dewan Rakyat.Ibrahim, 58, dilucutkan daripada jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas pada 22 Nov 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam UMNO seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.
Mengulas hubungan baiknya dengan PAS, Ibrahim berkata beliau juga belum bercadang untuk menyertai PAS walaupun pernah mengadakan kerjasama semasa pilihan raya umum lalu. "Saya tidak terikat dengan mana-mana pihak termasuk PAS kerana kerjasama yang dijalin pada pilihan raya lalu memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak."Bukan saya saja yang untung dalam kerjasama itu, PAS juga dapat untung daripada saya," katanya.-- BERNAMA

No comments: