Sunday, May 11, 2008

Baguih la tu dah sedar Pak Lah

Para penasihat dan pegawai yang berada sekeliling Pak Lah , silalah memberi pandangan yang betul dan tepat. Nah nampak Pak Lah sekarang atau la ni, memang sedar tetapi masih sombong dan angkuh... Baguh lah kalu dah sedar tu ?
Kerajaan boleh tersungkur jika tidak tangani krisis inflasi dan makanan: Pak Lah

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran bahawa sesebuah kerajaan boleh tersungkur sekiranya gagal menangani krisis makanan dan inflasi yang dihadapi di kebanyakan negara sekarang.

Menyedari perkara itu dan untuk menggelakkan rakyat daripada dilanda kesusahan, Perdana Menteri berkata kerajaan mengeluarkan peruntukan segera bernilai berbilion Ringgit untuk memastikan krisis berkenaan tidak menjejaskan rakyat Malaysia.

"Kita perlu ambil tindakan cepat untuk memberi kesan postif kepada rakyat. Mungkin tuantuan tak nak dengar tetapi saya terpaksa cerita juga," katanya semasa menyampaikan amanat Presiden Umno semasa sambutan ulang tahun ke-62 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, berkata peruntukan besar itu sebenarnya tiada dalam perancangan awal kerajaan menyebabkan beliau terpaksa mencari dan mengambil peruntukan daripada sektor lain untuk menjamin kebajikan rakyat negara ini dan sekaligus membendung sebarang keadaan krisis makanan dan inflasi yang mungkin berlaku.

Beliau berkata sekiranya krisis itu tidak ditangani dengan bijak, ia akan turut memberi kesan kepada usaha Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mendapat sokongan padu rakyat.

"Mahu tak mahu kerajaan terpaksa menubuhkan jawatankuasa inflasi supaya (negara) tak tersungkur kerana sekarang berlaku krisis barangan makanan berikutan faktor cuaca," katanya.
Perdana Menteri berkata pada waktu sama kerajaan juga menanggung peningkatan jumlah subsidi minyak dan gas daripada RM35 bilion kepada RM45 bilion setahun.

"Ini satu kenyataan bukan satu alasan. Kita ambil tanggungjawab menghadapinya (semata-mata) semuanya untuk rakyat," katanya. BERNAMA

No comments: