Pepatah mengatakan 'sekali dayung, biarlah dua tiga pulau kita langkahi'. Menyorot isu permulaan pentadbiran MB Perak bersama Pakatan Rakyat. Kita semua hendaklah memberi ruang dan masa kepada beliau, mengikut rekod beliau dari segi sejarah juga pernah mentadbir tetapi tidaklah sehebat mentadbirurus sebuah kerajaan negeri yang 'bergelumang dengan hubungan politik besar'.
Janganlah kita hendak kaitkan rekod-rekod lama orang kelilingi MB ada pengaruhi dia atau tidak. Kaedah bekerja memang begitu kita tidak boleh bersendirian kalau tidak letih dan tidak ketahuan.
Kritikan Terhadap Komen Reformis Muda Terhadap MB Perak
Oleh Perakian1"Setelah membaca teguran Reformis Muda terhadap Pakatan Rakyat dan MB Perak saya merasakan ada sesuatu yang perlu diperjelaskan. Terdapat beberapa kekeliruan dan maklumat yang tidak tepat disebalik niat ikhlas Reformis Muda dalam membuat teguran.
Saya kurang pasti setakat manakah Jatinya anak Perak Reformis Muda sebagaimana yang didakwa. Saya bersetuju mengenai memadanya pujian atas keistimewaan Ir Nizar walaupun perlu diakui amat sukar mencari MB Perak yang seumpamanya selepas ini. Namun mengatakan beliau lupa hala tuju Negeri adalah menunjukkan kita tidak dapat memahami situasi di negeri kita sendiri.
Jangan disamakan negeri ini dengan Selangor, Kedah dan sebagainya kerana kekangan yang datang adalah di peringkat tertinggi. Ini merangkumi pihak istana, Mufti dan SUK sendiri. Bukan sedikit sabotaj yang dilakukan namun kebijaksanaan beliau menangani suasana amat menakjubkan walaupun ramai yang tidak mendapat maklumat sewajarnya.Berhubunglah dengan mereka yang terlibat dengan Kerajaan Negeri dan jangan hanya menembak secara rambang.
Sokongan terhadap PAS dikalangan Melayu memang agak menyedihkan. Ini adalah akibat kukuhnya kekangan UMNO yang menafikan hak rakyat untuk mendapat maklumat. Suara PAS (Islam) hanya sampai kepada rakyat melalui mimbar Jumaat dan kuliah maghrib di masjid dan surau yang didominasi oleh penyokong PAS. Itupun disuarakan oleh Khatib dan Ustaz-ustaz yang yang berani berjihad menentang fatwa Mufti yang meminta disangkutkan politik di pagar masjid dan surau. Kenapa bertemu JKKK berbanding Jawatankuasa Masjid jelas menunjukkan kecekapannya dalam urusan pentadbiran. Selama ini ketua kampunglah menjadi dalang menghakis peranan masjid walaupun ajk masjid yang memegang pentadbiran.
Lihatlah bagaimana institusi ketua kampung boleh rosakkan oleh Kerajaan Pusat dengan perlantikan mereka yang membazirkan wang rakyat bsemata-mata untuk memecahbelahkan masyarakat. Sedangkan Jawatankuasa masjid tidak boleh diganggu oleh pusat dan perlantikannya walaupun oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak namun ianya mesti melalui tapisan oleh Exco agama yang bekerja secara direct di bawah beliau.Ini jelas diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998.1.
Setiusaha MB lebih Sudu dari Kuah Reformis Muda mungkin terbawa-bawa dengan cara UMNO yang nampaknya semua pihak bebas melontarkan kenyataan walaupun seringkali bercanggah dengan pendirian pihak atasan. Misbahul Munir tidak mungkin melontarkan kenyataan tanpa ada perbincangan dengan pimpinan atasan beberapa peringkat. Tidak timbul soal ala Toliban dalam melaksanakan ketegasan dalam Syariat kerana yang bencikan ala Toliban hanya Amerika dan pemuja-pemuja mereka. Terlalu ramai anak negeri yang berbakat sebagaimana yang digambarkan di kalangan aktivis yang selama ini dipinggirkan oleh Regim Barisan Nasional terdahulu.
Tindakan menukar 24jam pengarah Jabatan Agama sebelum acara perasmian bersama Sultan di Mahkamah Syariah yang didakwa dibuat atas pengaruh orang keliling sebenarnya adalah atas desakan majoriti kakitangan Jabatan Agama Islam itu sendiri. Bagi kami yang sering mendekati aktiviti Jabatan terlalu biasa dengan rungutan terhadap sikap Dato' Jumry yang biadap dan berakhlak buruk dan tidak sesuai langsung dengan jawatan yang disandang. Gred sebenar jawatannya adalah jauh lebih rendah daripada gred JUSA yang direbutnya sekarang. Kebanyakan Pegawai PTD selamanya berebut untukmenduduki jawatan tersebut yang mana amalannya menjadi wadah untukmendapat gelaran Dato' disamping berbagai keistimewaan dalam membelanjakan wang Baitulmal dan Zakat.
Jika pandai mengambilhati Mufti biasanya tiada masalah dalamberbenaja mewah walaupun terdapat berbagai keraguan dari segi Syarak. Soal tergesa-gesa tidak timbul sama sekali jika tiada campur tangan Mufti dan UMNO (barangkali melalui Dato' Anuar Zaini) yang menkjadi batu api dalam mempengaruhi ke bawah Duli. 2. Mana BLOG dan Khutbah MB ?
Sememangnya diwarwarkan MB akan membaca khutbah di Masjid Negeri Ipoh namun dihalang oleh YB SUK dengan menyalahgunakan nama ke bawah Duli Sultan. Sikap professional MB terserlah dengan menghormati YB SUK sebagai pengerusi masjid tersebut walaupun YB SUK jenis tak tau malu seolah-olah tak tau mana tinggi antara MB dan Jawatan Pengerusi. Malah penghinaan terhadap MB dengan dilarang berucap ketika Majlis Maulidur Rasul jelas menunjukkan kegilaan penyokong UMNO di kalangan penjawat Awam tertinggi dalam memusuhi dan mengkhianati kerajaan Negeri.3. Jangan Buat Konfrantasi dengan MUFTI.
Reformis Muda sebagaimana majoriti Umat Islam di Malaysia sememangnya tidak mengenali siapa Harussani ini. Tanyalah merekayang bekerja di jabatan agama malah di Jabatan Mufti sendiri kerana hanya Jauhari yang mengenal manikam. Di ruangan ini juga jika kisah mufti banyak disentuh maka ironinya umat Islam pastinya akan menolak keseluruhan apa yang saya perkatakan akibat sekian lama beliau didewakan. Insya Allah jika ada kesempatan saya akan dedahkan mengikut keperluan bagi mengelakkan kejutan.
Namun tidak keterlaluan jika saya katakan jika Mufti ikhlas dalam berjuang memartabatkan Islam maka Perak sudah jauh lebih baik daipada Kelantan. Beliau mempunyai pengaruhi yang keterlaluan terhadap istana dan istana mempunyai pengaruhi yang keterlaluan terhadap kerajaan di bawah pimpinan YAB Tajol Rosli namun apakah segala penyelewengan tidakdibiarkan berterusan. 4. Perlukan “Think tank” pemikir bagi negeri PERAK.Saya bersetuju dengan perkara di atas dan saya amat yakin ianya sudahpun dilaksanakan dan berkemungkinan jauh lebih baik daripada Saifudin Nasution di Kelantan.
Saya amat berharap agar Reformis Muda mendedahkan segera salahguna kuasa dalam jabatan agama Perak agar jelas betapa sepatutnya bukan arahan pertukaran 24 jam ke atas Dato' Jumry malah pemecatan serta merta selepas mengangkap sumpah sebagai Menteri Besar.Saya juga ingin mengetahui pegawai pegawai yang hidup mewah kerana sebahagian besar dari mereka amat saya kenali. Mungkin tibul beberapa persoalan
:a. Apakah tidak ada pegawai-pegawai di berbagai Jabatan dalam kerajaan terutamanya DO-DO yang lebih mewah daripada pegawai-pegawai daripada jabatan agama.
b. Apakah pegawai-pegawai daripada jabatan agama tidak layak hidup mewah dan berapakah gaji mereka ditambah dengan sumbangan ikhlas masyarakat kepada mereka atas tugas dakwah yang dijalankan hingga mereka tidak layak hidup mewah."
No comments:
Post a Comment