Friday, May 02, 2008

MP kita wajar masuk kelas adab dan akhlak juga ?

Syabas bagi wakil Rakyat PAS. Akhlak beradab yang dipamerkan bilamana kerajaan membuka siaran langsung selama 30 minit telah mengundang pelbagai kecaman. Nyata rata-rata rakyat dalam hati kecil mahukan semua wakil-wakil rakyat yang dipilih dan terpilih itu adalah kalangan dari yang terbaik dari baik-baik.
Apapun cerminan hari pertama dengan 'stres' terlalu lama MP dan 'istilah 'menunggu masa' mungkin gelagat itu terpamer. dalam keghairahan dengan jumlah MP kedua-kedua belah pihak iaitu kerajaan dan pembangkang seimbang maka 'meletus'lah apa yang tidak diingini oleh rakyat.
Program Siaran Langsung Persidangan Dewan adalah salah satu program realiti. Maka kita rakyat wajar menerimalah. Maka , inilah realitinya dan budaya baru wakil rakyat kita masa kini.
Maka usaha mendidik wakil rakyat melalui istitusi khusus perlu diadakan selain daripada kad perakam kerja mereka. Manusia apa bila bebas lepas dan tiada rasa tanggungjawab kepada siapa yang wajar dipertanggungjawab, lalu besarlah kepala dan besarlah karenahnya. Justeru wakil-wakil rakyat juga wajar dididk dan dimasukkan ke kelas-kelas khas. Kerana pemimpin itu adalah contoh.
Jika orang-orang tersesat ada Pusat Pemulihan Aqidah. Maka kerajaan perlu habiskan duit juga bagi mendidik wakil-wakil rakyat kita dengan pendidikan agam sivik dan akhlak . Agar mereka dapat diingatkan bahawa tanggungjawab mereka besar. Anggaplah mereka juga adalah sebahagian daripada kaki dan tangan kerajaan yang 'paling besar dan utama' yang perlu dipulihkan adab dan akhlak kerana mereka bakal memodelkan 25 juta rakyat. Bagaimana perasaan mereka.

Nik Aziz: Sikap segelintir anggota Parlimen memalukan01-05-2008 06:51:06 PM
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sikap yang ditunjukkan segelintir anggota Parlimen pada sidang Parlimen semalam adalah sesuatu yang memalukan. Nik Aziz berkata tugas utama anggota parlimen ialah menyelesaikan masalah rakyat namun amat malang sekali apabila ada anggota Parlimen yang mempamerkan gelagat biadap dan tidak profesional yang sama sekali tidak bertepatan dengan kedudukan mereka. "Saya malu dengan apa yang berlaku, ada juga ahli Parlimen yang tidak mengemukakan soalan. Tugas mereka bawa masalah rakyat, kalau mereka tak buat itu, apa guna mereka pergi ke situ (Parlimen). Tahu cakap kosong saja," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Ekspedisi 38 kereta Proton Perdana ke Melaka di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Keempat di sini, hari ini. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata siaran langsung sidang Parlimen juga perlu diteruskan bagi membolehkan rakyat melihat sendiri gelagat wakil yang mereka pilih."Tak ada sebab nak tutup apa yang dibincangkan ahli Parlimen dalam dewan. Mereka ini berbincang masalah rakyat, jadi rakyat perlu tahu. Biar wakil-wakil rakyat ini juga tahu ada kamera tertutup yang memerhati. "Sikap dia dalam parlimen, itu dia punya pasal, biar rakyat tengok, ini orang yang mereka pilih. Kalau rakyat tak berkenan, pilihan raya nanti tak payah undi dia lagi," katanya. Dalam perkembangan lain, Nik Aziz yang diminta mengulas beberapa isu pekerja sempena sambutan Hari Pekerja hari ini, berkata golongan pekerja di negara ini perlu diberi layanan setimpal dan berpatutan. "Kita berpendapat selagi ada tuntutan daripada Kongres Pekerjapekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), maknanya masih ada kekurangan dalam hal yang melibatkan golongan pekerja ini, jadi kerajaan kenalah tangani sebaik-baiknya," katanya. Katanya beliau tidak melihat kepada perlunya gaji minimum ditetapkan namun majikan perlu bersikap adil terhadap semua pekerja. "Pekerja ini kita kena layan seadil-adilnya, dalam Islam kita diminta bayar upah kepada buruh sebelum peluh mereka kering, sampai begitu sekali Islam jaga golongan ini," katanya. BERNAMA

No comments: