Sunday, April 06, 2008

UMNO terlalu banyak slogan ?

Secara logiknya benarlah seperti katan Dr M.. Kritikan terhadap kepimpinan UMNO tidak akan hancurkan parti –

Parti yang kuat adalah parti yang ada roh perjuangan, parti yang kuat adalah parti yang mempunyai kepimpinan dan pimpinan yang boleh ditegur.

Parti yang kuat adalah parti yang mempunyai pimpinan berjati diri dan bermodal insankan dengan insane yang sudah teruji.

Mak kini yang jelas dan benar lah seperti kata Pak Ungku Aziz, pemimpin yang banyak berslogan adalah mereka yang buntu dan tiada idea dalam kepimpinan nya.

UMNO Bn apa yang tiada slogan bagi mereka, Malaysia Boleh, Cemerlang Gemilang Terbilang, Melayu Glokal, Melayu angkasa, Melayu bermodal insane . semua itu adalah slogan kosong sahaja yang tiada roh.

Jika ada modal insane, sudah tentulah ahli dan pimpian UMNO tidak sabotaj sebagaimana didakwa apa yang berlaku di kedah dan Perak yang menyebabkan dua buah negeri ini jatuh ke tangan pembangkang.

LANGKAWI 6 April — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kritikannya terhadap kepimpinan Umno tidak akan menghancurkan parti sebaliknya akan menjadikannya lebih kukuh.

“Terpulang kepada mereka hendak mendengar atau sebaliknya,” katanya selepas majlis tahlil untuk allahyarham kakaknya Habsah Mohamad di Surau Ibrahim Mi, Kampung Ranggut Padang Matsirat di sini malam tadi.

Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan beberapa menteri kabinet yang juga pemimpin Umno yang menegur beliau supaya jangan keterlaluan mengkritik kepimpinan parti ekoran pencapaian buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lepas.

Antara mereka ialah Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anggota Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib.

Ketika berucap sebelum itu, Dr Mahathir meminta umat Islam Malaysia supaya bersyukur kerana rakyat dapat hidup aman damai tanpa berlaku perbalahan walaupun mempunyai perbezaan fahaman politik.

Beliau yakin Malaysia akan terus aman yang membolehkan rakyat hidup bahagia tanpa sebarang gangguan.

— BERNAMA

1 comment:

Canser vs B17 said...

Memang ramai yang insane dalam umno tu, cuma tak sedar diri je...

oopsss silap bro... Insane dan tak sedar diri sama la maknanya kan...

teruskan perjuangan.