Sabotaj punca BN kalah di Perak, Kedah…
Kita sebenarnya tidaklah berminat sangat dengan apa yang berlaku dalam UMNO, kerana jika kita tidak bercakap pun semua orang sedia maklum. Dalam UMNo bukan setakat sabotaj , membunuh pun mereka sanggup.
Semua ahli UMNO kena insaf dan sedar sebagaimana yang dinyatakan oleh dr Fuad selaku Setiuasaha Penerangan UMNO Johor, katanya dalam UMNO sendiri sudah tiada ‘roh’ perjuangan terutama untuk memperjuang dan mempertahankan parti yang ada adalah ‘roh perut’ sahaja.
UMNO sudah tidak lagi katanya bergerak sebagai satu parti tetapi bergerak sebagai kerajaan, itu sebab katanya UMNO tiada kekuatan, yang buat kerja-kerja UMNO bukan lagi ahli parti tetapi kakitangan dan jentera kerajaan yang dirohkan UMNo ke dalam diri mereka.
Tenggelam dan hancurnya UMNO kata Noor Azam akan lebih cepat selepas 8 Mac 2008, iaitu tarikh rakyat mengundi serta membuat pilihan untuk memilih manakah parti mahu membela nasib mereka.
Jawapan jelas, rakyat sebahagian besar menolak UMNO BN dan isyarat ini adalah cukup jelas dan perlulah kerajaan yang ada ni hormationya.
No comments:
Post a Comment