hakikat kebaikan ladang rakyat yang dipelopori kerjaan PAS di kelantan sesudah 18 tahun barulah Pahang yang kaya tanah dan luas tanahnya sedar masih ada yang miskin dan perlu diberi hak sama rata.
Kita mintalah ketua Pemuda UMNO perak datang ke Pahang dan bertanya serta tinjau berapa ramai penduduk Melayu Pahang yang sudah menerima geran hakmilik mereka dalam tanah rancangan kelolaaan FELDA, jangan hanya nampak pemberian geran tanah dan status kekal di kg Baru dalam Perak sahaja. mana dia melayu global dan glokalnya jika tanah dan geran gagal di selesaikan dah hampir 52 tahun merdeka.
Apakah kita mahu menjajah bangsa dan rakyat negara kita sendiri. Elok Dato Nan pengakuan berani terbuka mu dalam poltik negara menolak sempitnya minda mereka yang hanya pandai berpolitik dan bersandiwara, tanpa memikirkan kebaikan rakyat.
Pahang cadang wujud ladang rakyat bagi atasi masalah kemiskinan
KUANTAN: Kerajaan Pahang bercadang mewujudkan Ladang Rakyat sebagai usaha membantu mengeluarkan penduduk negeri itu daripada kepompong kemiskinan.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata program itu merupakan langkah jangka panjang kerajaan negeri di samping bantuan jangka pendek sedia ada seperti bantuan pendidikan dalam membasmi kemiskinan.
Beliau berkata melalui program itu golongan miskin yang dikenalpasti akan diberikan saham yang mampu memberikan pulangan yang lebih cepat.
"Kita mungkin bagi dalam bentuk sistem saham, tetapi bila mereka keluar daripada tahap kemiskinan, mereka tidak lagi layak untuk sistem ini, kita akan beri kepada mereka yang lain yang lebih memerlukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kerajaan negeri di sini, hari ini.
Beliau berkata program itu masih di peringkat kajian termasuk berhubung lokasi, kos dan cara menyalurkan bantuan.
Adnan bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan menggunakan kawasan yang telah dibangunkan agensi kerajaan negeri seperti Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) dan Yayasan Pahang untuk pembangunan ladang rakyat berkenaan.
"Kita mungkin akan meminta agensi terlibat sebahagian daripada kawasan mereka tetapi ia (Ladang Rakyat) tidak akan mengganggu program agensi tersebut," katanya.
Adnan berkata pihaknya sedang meniliti mereka yang benarbenar layak bagi mengikuti program itu.
"Saya difahamkan golongan miskin tegar di Pahang hanya 1,500 orang," katanya. BERNAMA
No comments:
Post a Comment