Samy You sudah lambat, maka kalah lagi....Hari ini
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
AWANG hanya senyum apabila Presiden MIC, S. Samy Vellu membuat tuduhan liar terhadap akhbar ini yang kononnya tidak menjaga kepentingan masyarakat India.
Itulah antara ‘serangan’ Samy yang menjadi tajuk besar tersiar di dua akhbar berbahasa Tamil, kelmarin.
Nampaknya Samy memesongkan isu sebenar iaitu hal kepimpinan beliau kepada soal perkauman pula.
Janganlah hanya disebabkan ada komentar yang mengkritik beliau antaranya kerana mendesak pembebasan pemimpin Hindraf dan mahu menjadi Presiden MIC untuk sepenggal lagi, ia dilihat sebagai tidak menjaga kepentingan kaum India.
Dalam isu Hindraf, pendirian Awang memang keras dan konsisten sejak dulu dalam menentang ekstremisme tidak kira apa kaum termasuk orang Melayu.
Pun begitu, terlalu banyak laporan termasuk ucapan dan wawancara Samy yang disiarkan oleh akhbar ini yang ada kaitan dengan kepentingan kaum India. Kenapa Samy lupa hakikat itu?
Adakah kerana beliau tidak boleh menerima kritikan dan mahu terus berada dalam sindrom penafian?
Yang pasti Samy sudah terlalu lama menerajui MIC, sejak 1979. Cukuplah.
Awang – Tetap sahabat Samy.
No comments:
Post a Comment