Satu kes, dalam Parlimen di Pahang calon Parlimen UMNO PRU 12 lalu. calon ini mempunyai rekod peribadi yang 'teruk' semua ahli UMNO otai tahu, apa pekerjaan dan gerak laku calon ini di ibukota, seminggu sekali jenguk ke kawasan (9biasalah ahli MP UMNO dari dudlu lagi).
Di pendekkan cerita maka, calon ini diangkat nama ke atas (MT UMNO) selepas diselidiki nama senarai panjang digugurkan. Tok-tok dalam senarai pendek dan terakhir namanya muncul dan naik. maka marahlah saing-saing otai yang lain, dari segi akhlak, berkja gigih, jaga kawasan calon lain lebih baik daripada calon ini. maka tindakan ahli UMNO otai sabotajlah cara pimpinan atas memilih calon UMNO yang sah jangkaan mereka akan kalah, bila rakyat dah tahu.
Moralnya, kedegilan pimpinan UMNO atasan mahu mengekalkan calon ini, untuk apa , perjuangkah, atau perjunagan perut atau bawah perut. maka inilah sabotaj otai UMNO lama terhadap pimpinan dengan memberi isyarat kalahkan calon pilihan MT kerana memilih calon buruk , dan calon ini mesti dikalahkan.
Bagi dato nan hebat.....
Adnan sifatkan perletakan jawatan Ahmad Tajuddin 'gentleman'
KUANTAN: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan pengumuman peletakan jawatan Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman selaku Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri semalam sebagai bersifat "gentleman".
"Beliau bersifat gentleman, dia tahu dia tidak boleh bekerja dengan ketua dia, dia tahu dia tidak sesuai dengan parti dia, dia letak jawatan.
"Tetapi secara tidak langsung dia membantu memudahkan kerja saya kerana kalau saya memecat dia...dalam keadaan sekarang, ia tidak begitu baik tetapi dia telah memecat diri sendiri bagi pihak saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Adnan yang mengakui hanya melihat surat peletakan jawatan itu pada pagi tadi turut mengucapkan terima kasih di atas khidmat Ahmad Tajuddin selama ini.
Ahmad Tajuddin mengumumkan peletakan jawatannya selari dengan pendiriannya yang meminta anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno bertanggungjawab terhadap pencapaian buruk parti itu pada pilihan raya umum lepas dengan meletakkan jawatan masing-masing.
Adnan yang juga Menteri Besar Pahang bagaimanapun berkata peletakan jawatan berkenaan tidak akan menjejaskan Umno negeri.
"Sebenarnya kerja Setiausaha Perhubungan Umno dibuat oleh Setiausaha Kerja Umno negeri iaitu Datuk Abdullah Rahmat bukan Datuk Tajuddin Sulaiman (selama) sembilan tahun ini...dia hanya figurehead," katanya.
Ditanya mengenai bakal pengganti Ahmad Tajuddin, Adnan berkata ramai yang berminat pada jawatan itu namun menegaskan perkara yang lebih penting adalah agenda mengukuhkan parti.
Beliau berkata, berdasarkan pertemuannya dengan ahli-ahli di peringkat akar umbi, beliau telah dimaklumkan mengenai beberapa kelemahan dan kesilapan sehingga menyebabkan kemerosotan undi terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Setakat ini saya mencatatkan sebanyak 158 sebab dan ia telah dimaklumkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," katanya.
Ditanya sama ada terdapat unsur sabotaj oleh ahli parti pada pilihan raya umum lepas, Adnan berkata, "Tidak ada". BERNAMA
No comments:
Post a Comment