Selangor dapatkan khidmat luar kaji projek ladang ternakan babi moden |
Terima kasih kerajaan Barisan rakyat kerana peka dengan keresahan orangramai. Media utama Negara tidak membantu dalam memberi persepsi positif kerana mereka mempunyai agenda tersendiri. Pada hal asas dan asal penternakan babi merekalah yang memberi laluan dan kebenaran tanpa had sehingga ujud kejutan penyakit JE dan visrus Nipah yang cukup memberhayakan .. |
Dalam satu laporan Bernama hari ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kajian terbabit bagi menguatkan lagi kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sebagai jaminan kepada orang ramai tidak ada masalah yang akan timbul selepas pelaksanaan projek itu yang dijangka memakan masa selama setahun. Katanya, kajian EIA telah pun dilakukan sebelum ini oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang turut mengadakan lawatan ke Jerman dan Belanda bagi mengenal pasti teknologi yang digunakan di ladang ternakan babi moden di negara terbabit. "Kita amat telus dan akan umumkan kepada rakyat supaya mereka memahami dan menghayati apa yang kita usahakan. "Kita akan umumkan jumlah kos sebenar, keluasan kawasan, jumlah penternak yang terbabit dan jumlah babi yang akan diternak dalam projek moden itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke22 Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBs), di Shah Alam. Beliau mengulas kenyataan Penasihat Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM) Dr Gurmit Singh yang meminta kerajaan negeri mengumumkan hasil kajian EIA kepada umum. Dr Gurmit berkata sehingga kini kerajaan negeri tidak pernah mengumumkan hasil kajian EIA kepada orang ramai termasuk bila EIA diluluskan dan siapa yang meluluskannya. Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Ushawan negeri Yaakob Sapari akan turun padang bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada masyarakat khususnya penduduk di kawasan sekitar. Abdul Khalid berkata kerajaan negeri ada tiga pilihan untuk menyelesaikan isu tersebut iaitu sama ada terus membiarkan ladang babi yang mencemar alam sekitar di seluruh negeri terus beroperasi; menutup semua operasi ladang berkenaan; atau mengadakan ladang ternak yang menggunakan sistem moden serta berkelompok. Menteri Besar berkata setahun adalah jangka masa yang terbaik bagi menyiapkan projek ladang itu memandangkan kerajaan perlu juga meneliti dan mengambil kira beberapa faktor lain. "Pelaksanaan ini juga bukan senang. Kita nak tubuhkan satu ladang ternakan babi. Banyak perkara yang kita perlu lakukan. Kita nak alihkan semua ladang yang ada ke satu tempat, nak kumpul semua pengusaha ladang dan sebagainya," katanya./wann |
No comments:
Post a Comment