Liow minta PKR dan DAP jelaskan pendirian… Bunyi berita hari ini dalam akhbar-akhbar Melayu di Malaysia . Ini adalah perangkap musuh Barisan Rakyat dalam memerangkap PAS dalam kancah berpolitik dan mengancam serta mahu melemahkan Barisan atau Pakatan Rakyat.
Maka jawapan yang harus diberikan juga adalah jawapan politik. Isu inilah yang akan bergema di dalam Dewan rakyat atau Dewan Undangan Negeri, kerana serangan berencana sudah di susun bagi memerangkap Pakatan Rakyat terlerai sebagaimana pembentukan Barisan Alternatif (BA) pada tahun 1999 berjalan.
Penjelasan dan tuturkata cermat dan berhemat perlku diatur dengan baik agar pimpinan DAP dan PKR tidak terjerumus ke lubang yang sama sehinggakan memberi ruang.
Soalan tambahan MCA atau lain-lain wakil akan menempelak lebih daripada itu lagi bila mana ia melihat kita terkulai.
Maka kita memberi sebesar-besar ruang agar pimpinan kita menjawab dengan ceramat
Ketuanya, Datuk Liow Tiong Lai turut meminta Pakatan Rakyat itu meminta maaf kepada rakyat kerana mereka jelas memungkiri janji apabila sebelum ini dalam kempen pilihan raya, mereka berjanji kepada pengundi bahawa pakatan itu tidak akan mengetengahkan usaha menubuhkan sebuah negara Islam.
“Ini menunjukkan bahawa mereka (pembangkang) sedang menunjukkan belang sebenar mereka. Saya mahukan DAP dan Keadilan menyatakan pendirian mereka dengan jelas mengenai perkara ini,” katanya pada persidangan akhbar di sini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan beberapa akhbar berbahasa Cina yang memetik Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din bahawa Pas akan menampilkan negara Islam ala Pas di Malaysia sekiranya ia dapat menguasai Kerajaan Persekutuan.
Dalam perkembangan lain, Menteri Kesihatan itu turut menyelar kenyataan Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang mendakwa parti itu menawarkan pakej untuk 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk ’melompat parti’.
Liow berkata, ia satu langkah yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab. - Bernama
No comments:
Post a Comment