Sunday, April 13, 2008

UMNO wajar menerima realiti ?

Geram, marah, resah, kecewa, dan bermacam-macam lagi manifestasi kecewa semua dihala serta ditujukan khususnya ahli UMNO kepada Pak Lah makin meluap-luap . Sehari ke sehari ini kerana bahana kekalahan UMNO BN yang sukar diterima dek akal manusia UMNO walaupun sudah menjadi reality atau catatan lakaran sejarah politik negara

Ramai pencinta UMNO dan pemimpin marah dan kebanyakan tidak bersedia menerima kenyatan ini. Justeru saban hari didada-dada akhbar ada saja luahan nada kekecewaan berupa, kritikan, cadangan membina tidak membina, mengutuk dan sebagainya dilontarkan. Antara nada keras meminta Pak lah berundur atau meletakkan jawatan sebagai PM dan Presiden UMNO.

Api kemarahan pula mula secara terarah menuju tepat dihala kambing hitamnya adalah tidak lain tidak bukan menantu Pak lah yang bernama Khairy itu yang dikatakan berperanan besar ke arah penyumbang besar kekalahan BN UMNO. Berserta pula tepat sangat pula dengan tindakbuat Khairy dimasa itu, yang dicatur serba tidak menjadi, walaupun selama hari ini pun ada master main lain dalam mencorak atau membuat percaturan politik UMNO BN. Kebetulan nasib Khairy berepisod duka dan lara adanya. Apa yang diharap tidak menjadi.

Khairy sememangnya malang, Pak Lah juga lebih turut malang. Semuanya itu adalah ketentuan Illahi, Dikala tanggal 8 Mac scenario dan landskap politik Negara berubah sama sekali dengan memberi pelbagai warna warninya. Di mana penganalisi politik mengibaratkan ia sebagai tsunami politik di Malaysia sejak 50 tahun merdeka.

Walhal dari segi hakikatnya manifestasi kekecewaan rakyat terpendem bermula daripada kebobrokan yang didedahkan, keresahan yang tidak dizahirkan, kekecewaan rakyat marhain itulah punca sebenar rakyat menolak UMNO BN. Yang mana UMNO BN itu sudah tersedia busuk daripada kepala, kejahatan keboborokan sudah tidak dapat ditutup dek nyiru, maka makin terserlah dan rakyat disuluhterangkan cahaya kebenaran yang selama ini terpendam dibawah lipatan permaidani indah mereka.

Justeru pemimpin kena ingat, sesuatu yang berlaku ada sebab dan musbab. Pak Lah dan KJ adalah sebab musabab UMNO akan ditaqinkan dan insyallah dalam masa terdekat ini bakal m,enjadi pembangkang

No comments: