Friday, April 11, 2008

Proses Biasa dalam Politik !!!

Semua 95 ahli majlis tempatan daripada MCA Perak letak jawatan

POH: Semua 95 anggota majlis tempatan daripada MCA Perak meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha MCA negeri, Datuk Ho Cheng Wang, berkata surat peletakan jawatan mereka diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim jam 10.45 pagi.

Katanya, mereka perlu melepaskan jawatan kerana pelantikan mereka dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir Perak sebelum ini.


“Sekarang, kerajaan negeri sudah bertukar tangan dan mengikut prinsip, mereka perlu meletakkan jawatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ho berkata, ahli majlis tempatan itu boleh terus berkhidmat kepada rakyat melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru sedia ada yang terletak di bawah naungan MCA dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Walaupun ahli jawatankuasa ini tidak dibayar gaji atau elaun seperti anggota majlis tempatan, mereka boleh memohon geran atau peruntukan bagi melaksanakan projek tertentu untuk memajukan kampung baru,” katanya.

Ditanya sama ada anggota atau pemimpin MCA Perak bersedia menyandang jawatan anggota majlis tempatan sekiranya ditawarkan berbuat demikian oleh kerajaan negeri sekarang, Ho dengan tegas berkata: “Kalau mereka ingin berbuat demikian, mereka perlu berundur daripada MCA terlebih dulu”. - Bernama

No comments: