Friday, April 11, 2008

Pak Lah mula sedar !!!!!

Abdullah akui beliau antara penyebab BN kehilangan undi.... Nada Pak Lah semakin lemah dan mengakui , peengakuan daripada naluri mungkin ini adal;ah pengakuan ikhlas dan pengakuan paling bertanggungjawab. Itupun setelah diasak dengan serata penjuru

Jelas Pak Lah semakin lemah dan tidak bermaya. Kini Pak Lah masih bergantung kepada kumpulan LEMBIKnya yang terdiri daripada juak-juak yang membawa rebah pada hakikat yang menyokongnya termasuklah Najib sendiri.

Malam tadi jelas UMNO Johor mengambil pendiurian tegas, Pak Lah tidak habis-habis ditimpa malang dan dirundung petaka. Walapun sejarah 2004 beliau dengan bangga menang dengan begitu bergaya dan menafikan atau melenyap sepikan suara pembangkang di DEwan dan bumi ibarat garuda melanda Negara anatah berantah lagaknya.

Namun Allah maha kaya dia mahu menjatuhkan mana-mana kuasa atau pihak yang mahu jatuhkan dan mengangkat mana-mana pihak yang mahudiangkatnya. Maka hakikatnya Barisan rakyat kini mula menampakkan fajarnya yang suram sejak 50 tahun dulu di bumi Malaysia.

Kita nantikan episode Black 14 , Anwar dan Dewan selepas ini…..

JOHOR BAHARU 11 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui beliau merupakan di antara faktor yang telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi pada pilihan raya umum ke-12 bulan lepas.

Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata, disebabkan perkara tersebut beliau merasakan bertanggungjawab untuk berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan UMNO.

"Saya merasakan saya adalah penyebab kepada 'pembuangan undi' (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional. Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan UMNO," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan lebih dua jam dengan Badan Perhubungan UMNO Johor yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Naib Presiden UMNO, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

- Bernama

No comments: