Monday, April 07, 2008

Perosak antara Menantu dan Dr M ?

Membaca dua berita di bawah memberi gambaran wajah sebenar Pak Lah, atau ketidaktentuan dan campurbaur Pak Lah dalam mencari ulul albabnya. Dia kata pandai sangatkah Khairi menantunya sampai campurtangan sampai begitu sekali.


Tengok dibawah dia kata Dr M penyumbang kepada cepat rosak UMNO. Maknanya pandai anak menantu tidak sampai merosakkan UMNo tetapi berjaya mencorakkan UMNO sahaja kot. dalam kabinet tidak campur tapi orang tau dia campur cara senyap , tidak tak kanlah Ku Lan , anifah tak mahu terima jawatan Timbalan Menteri penggal ke 3 ni.

Berbanding dengan rakan mereka yang junoir terpilih menteri penuh, hakikat ini diakui Dr M ...


Khairy tidak campuri MT UMNO, Kabinet

KUALA LUMPUR 6 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini sekali lagi menafikan campur tangan menantunya, Khairy Jamaluddin dalam pentadbiran parti dan kerajaan.

Perdana Menteri turut menyangkal dakwaan bahawa anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Jemaah Menteri merupakan barisan pak turut atau Yes man.

''Kononnya zaman saya ini tidak ada kebebasan, semuanya orang takut. Tetapi depa kata saya ni lembik... tapi orang takut kat si lembik ni.

''Seolah-olah semua yang ada dalam MT ini dan dalam Kabinet, bodoh belaka... Khairy seorang yang pandai, yang menentukan segala-galanya.

''Ini semua tuduhan yang tidak ada batasan, terus hentam begitu sahaja,'' tegasnya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada lebih 1,000 ahli daripada kumpulan penerangan parti itu di PWTC di sini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin UMNO serta pembangkang sebelum ini sering menuduh Khairy yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO campur tangan dalam keputusan-keputusan kerajaan termasuk menentukan senarai calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada pilihan raya umum lalu.

Saya akan terus bersuara’

KUALA LUMPUR 6 April – Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau akan terus bersuara selagi mana perkara-perkara yang dilihatnya sebagai punca penolakan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak diatasi.

Sehubungan itu, tegas Dr. Mahathir, beliau tidak bimbang dengan apa jua tindakan yang mungkin diambil ke atas dirinya termasuk jika dikenakan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menggugat kestabilan negara.

Kata bekas Perdana Menteri itu, beliau perlu terus bercakap kerana jika tidak, mungkin tidak ada sesiapa dalam UMNO yang akan berani berkata perkara yang benar kepada pemimpin mereka.

Beliau juga yakin, kata-katanya selama ini tidak mungkin menjadi penyebab kepada kekalahan teruk BN pada pilihan raya umum yang lalu kerana penyokong UMNO bukannya jahil atau tidak mampu berfikir tentang apa yang dilontarkan kepada mereka.

Menurutnya, jika UMNO tidak dipulihkan sekarang, parti keramat orang Melayu itu akan musnah dan hilang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

‘‘Saya akan berhenti (bersuara) apabila mereka berhenti membuat perkara-perkara yang mungkin menjadi punca kekalahan BN,’’ katanya pada Majlis “Fikir-fikirkan bersama Tun” anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Cempaka, Bahagian Pandan di sini hari ini.

Kira-kira 1,000 hadir pada majlis yang turut dihadiri oleh bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid dan Ketua UMNO Cawangan berkenaan, Syed Saifuddin Syed Harman.

Dr. Mahathir menjawab kenyataan beberapa pemimpin UMNO termasuk Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mahukan beliau tidak lagi membuat sebarang kenyataan kerana ia boleh memecah belahkan parti.

Semasa berucap pada majlis itu, beliau berkata, Ahmad Shabery tidak layak bercerita mengenai perpecahan UMNO kerana dirinya sendiri pernah keluar parti itu dan menyertai parti Semangat 46.

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas itu, Dr. Mahathir turut mengulas mengenai kemungkinan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bertanding jawatan Ketua Pemuda.

‘‘UMNO parti demokrasi, bertanding jika mahu tetapi jangan gunakan wang atau unsur-unsur ugutan ke atas orang lain,’’ katanya.

Ditanya apakah wujud sebarang keperluan untuk meminda sistem kuota jika berlaku perubahan kepimpinan terlebih dahulu, Dr. Mahathir berkata, ia tetap perlu dilakukan.

Beliau seterusnya menekankan perubahan dalaman UMNO adalah satu keperluan mendesak pada masa kini jika penyokongnya mahu melihat parti itu terus relevan dan diterima rakyat.

‘‘UMNO kini umpama seorang pesakit kencing manis, kita mungkin terpaksa potong kakinya demi menyelamatkan anggota yang lain atau mengelakkan kematian,’’ jelas beliau.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Dr. Mahathir berkata, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu tampil ke hadapan dan bersuara lebih tegas lagi jika mahu menyelamatkan UMNO.

Beliau juga mahu Najib bersikap berani dan bercakap terus kepada Presiden Parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang hasrat ahli parti dan juga rakyat.

“Semua orang perlu bercakap yang benar, termasuklah Abdullah,” katanya.

Tambah Dr. Mahathir, bukan sekadar Najib sahaja yang perlu berbuat demikian tetapi semua ahli UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi juga perlu bersikap lebih berani.

“Yang boleh membetulkan apa yang salah adalah ahli-ahli parti yang berani, tetapi masih ramai daripada orang UMNO yang tidak berani,” katanya.

Katanya, perkara yang selalu diperkatakan beliau sehingga menimbulkan rasa kurang senang pemimpin UMNO ialah semua orang perlu bersikap berani dan bercakap benda yang benar.

Pada majlis yang sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi pilihan ahli parti untuk menggantikan kepimpinan tertinggi sedia ada.

Namun, kata beliau, segalanya bergantung pada keberanian dan kemampuan Naib Presiden UMNO itu untuk menjadikan dirinya popular dalam keadaan semasa parti.

‘‘Kalau Muhyiddin boleh menjadikan dirinya popular, dia boleh menyerlah, saya yakin,’’ katanya.

Bagaimanapun, katanya lagi, setakat ini, beliau masih belum bertemu pemimpin pilihannya secara khusus.

‘‘Najib (Timbalan Presiden UMNO) boleh, Tengku Razaleigh Hamzah (Ketua UMNO Gua Musang) pun boleh,’’ katanya.

Jelasnya, beliau seperti juga ahli-ahli yang lain menantikan seorang yang benar-benar berkaliber untuk muncul dan memimpin UMNO.

Selain itu, Dr. Mahathir berkata, beliau akan menyiarkan secara bertulis jawapannya berhubung dakwaan dirinya mencampuri urusan pelantikan hakim.

Beliau juga tetap menjelaskan tidak pernah mencampuri apa-apa urusan kehakiman di negara ini semasa era pentadbirannya.

“Tunjukkan apa salah yang saya buat,” katanya.

Beliau mengulas gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar Dr. Mahathir dikenakan tindakan kerana campur tangan dalam urusan pelantikan hakim.

Abdullah dalam satu sidang akhbar pagi ini memberitahu, jika dakwaan itu ada asas maka siasatan boleh dimulakan ke atas Dr. Mahathir oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Tambahnya, sepanjang menjadi Perdana Menteri, beliau ada memberikan teguran-teguran biasa kepada beberapa hakim.

“Hakim pun manusia biasa juga, ada sayang orang itu, orang ini,” katanya.

Jelasnya, teguran kepada badan kehakiman adalah untuk memastikan ia memainkan peranan dengan cukup berkesan dan mantap.

Beliau juga menafikan hakim yang terbabit dalam perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut perintahnya.

Mengulas mengenai ketiadaan kebebasan media pada zamannya, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah mewujudkan sekatan terutama di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak sehaluan dengan dirinya untuk mendapat sebarang liputan berita.

“Tidak tahulah jika ada wartawan yang sanggup bersumpah kata saya menghalang mereka menyiarkan sesuatu,” katanya.

Sementara itu di Langkawi Bernama melaporkan, Dr. Mahathir berkata, kritikannya terhadap kepimpinan UMNO tidak akan menghancurkan parti sebaliknya akan menjadikannya lebih kukuh.

“Terpulang kepada mereka hendak mendengar atau sebaliknya,” katanya selepas majlis tahlil untuk Allahyarham kakaknya, Habsah Mohamad di Surau Ibrahim Mi, Kampung Ranggut, Padang Mat Sirat di sini malam tadi.

No comments: