Monday, April 07, 2008

Pemuda UMNO Perak : jangan gopoh sangat

Laksana janji dan Pemuda UMNo Perak marahkan kerajaan negeri Perak (Pakatan Rakyat) kerana memberi hak milik kekal kepada penduduk Kg baru Cina dibandar Ipoh. Rasionalnya dan hakikat penduduk Cina atau kebanyakan kg-kg baru adalah terdapat di kawasan-kawasan bandar di Perak atau seluruh Malaysia berada dalam bandar sahaja. Justeru kedudukan kg ini sudah ada sejak zaman British menjajah, maka disitulah mereka berkampung dan selepas penempatan Rancangan Briggs, asasnya terbina bandar-bandar seluruh kegiatan ekonomi negara di kawasan-kawasan kg baru spt jugalah KL, Seremban, Ipoh,Georgetown.



Maka kebanyakan orang-orang Melayu adalah berada di kawasan-kawasan luar bandar daripada zaman penjajah sehinggalah ke hari ini. Walaupun wujud bandar-bandar baru dan kawasan perumahan baru, orang Melayu bandar masih dijemput era 1970an menjadi penghuni setinggan hinggalah ke hari ini.

Makna kerja UMNo mensifarkan setinggan khususnya di Selangor terlebih dahulu kena tanya depa, apakah semua setinggan itu Cina atau Melayu. Pemuda UMNO Perak jangan jadi jaguh apa yang mereka buat 50 tahun memerintah Perak, apa sumbangan UMNo kepada tanah penduduk Melayu di Ipoh atau di kawasan bandar-bandar di negeri Perak.

Kerja menyalahkan orang kata Pak Lah tidak akan habis sama dengan kerja berkelahi , la ni kita nak bekerja atau sama-sama bekerja. kalau dulu UMNO gagal bagi kepada Cina geran kekal untuk selama-lama , maka jadi tanggungjawab baru kerajaaan Pakatan Rakyat memberi geran kepada mana yang patut, dengan perkiraan yang patut.

Kebetulan yang duduk di kawasan kg Baru adalah Cina dalam kawasan bandar pula, mereka diberilah geran kekal selama-lama. jadi kawasan luar bandar Melayu yang ada banyak tanah maka wajarlah juga kerajaan Perak beri terus juga geran kekal. nantilah kita buat satu persatu.




UMNo patut cermin diri masalah tanUMNo




Tuntut kerajaan Perak 'hadiah tanah' kepada Melayu di bandar

IPOH 6 April - Pemuda UMNO Perak mencabar kerajaan negeri supaya mengumumkan pemberian 'hadiah' kepada orang Melayu di bandar yang tidak memiliki tanah sebagai susulan kepada hadiah geran hak milik kekal yang telah diberikan kepada penduduk di kampung baru.

Ketuanya, Zainol Padzi Paharuddin berkata, kerajaan negeri memberikan geran hak milik kekal sebagai hadiah pilihan raya kepada penduduk kampung baru yang 85 peratusnya terdiri daripada orang Cina, jadi apa pula hadiah kepada orang Melayu di bandar yang tidak bertanah.

Beliau berkata, Pemuda UMNO Perak menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin minggu ini yang mengumumkan pemberian hak milik kekal berkenaan sebagai 'sedap cakap' dan berupa tindakan jangka pendek menyelesaikan masalah.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, Zainol Padzi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik berkata, Pemuda UMNO Perak juga mencabar kerajaan negeri supaya membuktikan kewujudan 134 buah kampung baru dan tersusun yang kononnya tiada geran dan hanya memiliki status Lesen Menduduki Sementara.

"Jangan menipu rakyat dan menafikan kelulusan 48,183 hektar hak milik yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sebelum ini...rakyat berhak tahu secara jelas akan kedudukan sebenar," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga perlu menjelaskan bagaimana cara yang akan dilakukan untuk menyelesaikan masalah undang-undang dan teknikal mengikut undang-undang tanah negeri dan Persekutuan dalam pemberian geran hak milik kekal berkenaan.

"Jangan hanya sedap cakap dan apabila gagal meletakkan kesalahan pada pihak lain," ujar beliau.

Mohammad Nizar ketika membuat pengumuman itu menambah, pemberian geran berkenaan bagaimanapun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan di bawah Peraturan Tanah Negeri Perak dan Kanun Tanah Negara.

Jelas Zainol Padzi, Pemuda UMNO Perak akan mengambil tindakan jika pendekatan yang diambil kerajaan negeri menggugat kepentingan orang Melayu serta meminggirkan mereka.

Katanya, dakwaan bahawa penduduk kampung baru selama ini berasa tidak selamat dengan keadaan status tanah adalah pembohongan kerana sejak penduduk tinggal di kampung baru, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memastikan prasarana dipertingkatkan dan belum pernah mereka ditindas atau dihalau keluar dari tanah masing-masing.

- Bernama

No comments: