Tuesday, April 08, 2008

Antara terharu Najib kerana Pak Lah beritahu selepas dia , pennganti PM adalah Najib tetapi Pak Lah tidak mahu berundur sekarang, kerana pak lah menunggu satu hari nanti bila masa tiba kelak.

Tiba masa berhenti samada 'mati' atau meninggal dunia , ataupun disingkirkan daripada menjadi presiden UMNO kot barulah masa nya tiba kot.

Jelas di sini , walaupun desakan demi desakan kuat, ada yang kata Dr M makin celaru, makin kepanasan dengan kekalahan UMNo adalah bekas PM, Ku Li sahaja. Semua pimpinan UMNo redha dan terima hakikat dengan ikhlas belaka.

Maknanya kekalahan UMNO BN kepada pembankang bagi Pak Lah dan uak-puak kroninya adalah biasa, sebaba mereka sudah jangkakan dan berseida menerimanya. Masalah nya daripada besar dan sedap, drpada kedudukan yag betul menjadi tidak betul, adalah satu realiti yang sukar diterima dalam orang yang kuat beremosi.

Maka Pak Lah adalah orang yang tidak beremosi ebaba dia tidak rasa apa-apa terhadap kekalahan yang luar biasa dalam PRU 12 yang lalu.







Najib terharu dinama pengganti PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menghargai kepercayaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menamakan beliau sebagai penggantinya untuk jawatan Perdana Menteri.

"Saya berterima kasih dan terharu atas kepercayaan dan keyakinan Perdana Menteri kepada saya," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ulang Tahun ke30 Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur di sini, Isnin.

Najib berkata sebelum ini pendirian Perdana Menteri itu telahpun dizahirkan secara tertutup kepada beliau dan beberapa anggota kerajaan, tetapi semalam merupakan kali pertama perkara itu dihebahkan oleh Abdullah secara terbuka.

"Saya amat menghargai keyakinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya juga mengambil kira permintaan Perdana Menteri supaya saya terus memberi kerjasama kepada beliau sebagai Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata permintaan itu bertujuan memantapkan pentadbiran kerajaan untuk menghadapi cabaran masa kini dan untuk melakukan perubahan seperti yang diharapkan oleh Perdana Menteri.

Mengenai satu perkara lain, Najib yang juga Menteri Pertahanan

No comments: