Friday, April 25, 2008

Pentingnya Yayasan pendidikan

Penulis terpanggil dalam perjuangan kita yang menjuruskan kepada teras negara berkebajikan. Yang paling utama dan pertama selain mempertahankan aqidah Islam dan memantapkannya, syarat awaliyat kita yang kedua adalah mengilmukan masyarakat dengan cara memberi peluang sama rata rakyat merasai menajlanai pendidikan formal.
Justeru dicadangan kerajaan Pakatan rakyat agar menyegerakan penubuhan Yayasan Pendidikan agar nikmat kebajikamn dirasai oleh semua rakayat .
Seniman lancar tabung pendidikan ...Pakatan Rakyat atau PAS Bila lagi ?



AZLIAH Suhod (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan basikal daripada ARB kepada Mustapaha Maarof (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh ahli-ahli jawatankuasa Seniman di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
SELEPAS dua tahun isu mengenai penubuhan tabung pendidikan dibangkitkan oleh kalangan ahli, ia akhirnya mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Bakal dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek malam ini di Dewan Merak Kayangan, Felda, Kuala Lumpur, tabung yang dinamakan Tabung Pendidikan Anak-Anak Seniman itu bukanlah sekadar ‘tin kosong’.
Ia sememangnya memberi satu makna yang cukup besar kepada golongan muda yang ditakdirkan lahir dalam kepompong insan seni.
Selain bertujuan memberikan galakan serta bantuan pendidikan kepada mereka, tabung itu turut menyasarkan matlamat untuk melahirkan barisan pelapis golongan seni yang berpendidikan tinggi.
Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof berkata, sumbangan tersebut adalah kecil nilainya namun usaha dan inisiatif mengadakan tabung dan skim galakan mungkin mempunyai nilai yang tinggi di hati penerimanya.
“Pelajaran amat penting dan kerana itu, inisiatif mendidik serta membantu mereka dari peringkat awal adalah perlu terutama yang kurang berkemampuan.
“Para seniman dan penggiat seni seharusnya menanam semangat ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran.
“Mereka mungkin akan mewarisi bakat kita dan untuk itu, pelajaran juga tidak seharusnya diketepikan dalam menghadapi masa depan yang lebih mencabar,’’ katanya pada sidang media mengumumkan penubuhan tabung dan skim galakan pembelajaran anak-anak Seniman di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengurus Kanan Pembangunan Pasaran dan Komunikasi Korporat Amanah Raya Berhad (ARB), Azliah Suhod serta pemimpin Seniman.
ARB merupakan antara penyumbang dalam pemberian skim galakan pembelajaran anak-anak Seniman apabila menghulurkan sumbangan sebanyak 19 buah basikal serta beg sekolah.
Menurut Mustapha, pemberian skim galakan yang baru pertama kali diadakan bertitik-tolak daripada hasil pendapatan yang diperoleh Seniman menerusi pembayaran slot drama dari Radio Televisyen Malaysia (RTM).
“Berdasarkan hasil itu, kita peruntukkan sejumlah amaun ke dalam tabung pendidikan. Ia kemudiannya digunakan untuk memberikan skim galakan pembelajaran.
“Skim galakan pembelajaran akan dijadikan agenda tahunan Seniman bagi mewujudkan semangat berlumba-lumba di kalangan anak-anak dan ahli Seniman dalam mengejar kejayaan.
“Kita juga berharap agar ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan dalam mengisi tabung pendidikan Seniman,’’ ujarnya.
Anak Aznil dan Azean cemerlang
Sementara itu, melihatkan senarai nama penerima Skim Galakan Pembelajaran Anak-Anak Seniman 2008, anak kepada pengacara popular, Aznil Nawawi dan pelakon Azean Irdawaty merupakan antara pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM tahun lalu.
Anak Aznil iaitu Fildza Haifa memperoleh 9A, manakala anak Azean, Inessa Irdayanty pula mendapat keputusan 10A 1B.
Kedua-dua mereka bakal menerima wang tunai bernilai RM1,500 beserta basikal sumbangan ARB dan biasiswa bulanan sebanyak RM150 selama dua tahun.
Turut menerima skim galakan itu adalah anak kepada pelakon Allahyarham Ismail Din, Thohiratun yang memperoleh keputusan 9A pada SPM lalu.
Beberapa lagi anak-anak Seniman termasuk ahli menerima skim galakan lain yang menunjukkan kecemerlangan dalam UPSR, PMR serta SPM.
Perancangan Seniman dalam pendidikan
Sebaik tertubuhnya Tabung Pendidikan Anak-Anak Seniman, persatuan itu di bawah Biro Pendidikan dan Ilmiah telah pun membuat pelbagai perancangan bagi meningkatkan kualiti pendidikan anak golongan seni.
Selain mewujudkan rangkaian hubungan bersama naib-naib canselor di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), lawatan ke IPTA juga akan diadakan bagi mendedahkan anak-anak Seniman dengan persekitaran universiti.
Mewujudkan kelas-kelas tuisyen juga merupakan antara perancangan Seniman bagi memberikan pembelajaran yang menyeluruh kepada golongan berkenaan.
‘‘Kami kalau boleh mahukan semua anak-anak Seniman mendapat manfaat ini.
‘‘Justeru, mereka terutama ahli keluarga yang menjadi ahli Seniman diminta tampil menemui kami agar segala manfaat itu dapat dirasai bersama,’’ jelas Mustapha lagi.

No comments: