Tidak akan bertahan lama.... Ulasan pertama UMNo merujuk dengan persepakatan Barisan Pembangkang. Ketidakyakinan UMNO dengan apa yang berlaku dan akan terjadi mencerminkan UMNo sentiasa memikirkan bahawa UMNO sahaja yang mampu, betul dan dapat buat. khurafat UMNO sahaja yang dapat memerintah negara telah dijawab oleh rakyat selepas PRU 12 lalu.
Titik persamaan sesudah 50 tahun dapat disepakati adalah merupakan nilai kematangan berpolitik dan sudah ada konsep penerimaan antara satu sama lain. Rebranding jenama Barisan Pembangkang bermula, DAP sudah kendur perjuangkan konsep malaysia Malaysiannya, PKR sebagai jambatan atau orang tengah PAS -DAP. Titik kebersamaan itu sudah ditemui, maka jalan dihadapan terbentang luas.
Maka politik negara sedang menuju ke arah sistem dua parti sebagai pilihan rakyat.
MELAKA 2 April - UMNO yakin Pakatan Rakyat yang dibentuk melalui kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak mampu bertahan lama.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pakatan tersebut akan goyang dan runtuh memandangkan ketiga-tiga parti itu khususnya DAP dan Pas tidak pernah sehaluan.
Beliau turut mencabar pembangkang supaya membentuk sebuah parti yang menggabungkan DAP, PKR dan Pas sebagai parti komponen bagi membuktikan mereka mempunyai kesepakatan yang kukuh.
''Sebenarnya mereka tidak boleh sehaluan dalam tempoh yang panjang. Apakah semua ahli Pas bersetuju untuk menggugurkan perkataan Islam semata-mata mahu bersepakat dengan DAP?
''Bolehkah ahli-ahli DAP menerima Pas yang memperjuangkan Islam dan mahu mengenakan hukum hudud," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, partinya, DAP dan Pas telah bersetuju menggunakan perkataan Pakatan Rakyat bagi menggambarkan kerjasama tiga parti.
Katanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan membawa perkara itu kepada parti masing-masing untuk persetujuan.
Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, selama ini DAP sering menentang usaha Pas yang memperjuangkan Islam termasuk mahu melaksanakan hukum hudud, manakala Pas pula menganggap DAP sebagai orang kafir yang patut dimusuhi.
Pada masa yang sama, jelas beliau, para pemimpin parti tersebut seolah-olah tidak yakin dengan Barisan Alternatif yang telah dibentuk sebelum ini sehingga perlu dibuat satu pakatan baru.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat yang diuar-uarkan oleh pembangkang itu juga cuba meniru konsep Barisan Nasional (BN) yang terbukti berjaya mentadbir negara dengan baik selama 50 tahun.
''Mereka sebenarnya tidak berkeupayaan mentadbir negeri apatah lagi negara. Oleh itu, mereka memerlukan pakatan seperti ini yang sebenarnya hanya tipu helah dan permainan politik mereka," katanya.
No comments:
Post a Comment