Thursday, April 03, 2008

Bila Pak Lah mula bekerja semua dah tak kena?


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Abdullah minta Guan Eng hati-hati buat kenyataan

Sejak bila pula Pak Lah sedar daripada 'tidur'nya. Hari ini beliau berpesan kepada KM Pualau Pinang Lim Guan Eng , katanya minta berhati-hati buat kenyataan kerana dah pegagng kuasa sebuah kerajaan negeri.

Beliau mengancam dalam lembut bahawa akan berlaku sesuatu yang sukar dibendung bila buat kenyataan liar, kaitkan DEB dengan rasuah.

Sefaham dan setahu kita, bila pulok DEB dikaitkan dengan rasuah. Lim mahukan DEB yang tamat tempoh itu jangan diuar-uarkan lagi kerana selama amalan dasar ini (DEB) , negara tak dapat mengekang rasuah cukup parah dalam proses pelaksanaanya.

Adakah bercakap tentang rasuah sudah membuat kenyataan tiada asas atau kenyataan liar. Apakah yang ditakutkan jika itu sebagai kenyataan liar. Sejak bilapulak Pak Lah bertanggungjawab dan mahukan asas.

Kita minta beliau selesaikan soal dalam UMNO dan minta dirawat. Bersedia dengan tindakan kakitangan kerajaan yang mahu boikot 1 Mei sempena Hari Pekerja jika honororium serta lain-lain tuntutan tidak dipenuhi dalam masa terdekat. Haru Pak Lah....





PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana pemimpin DAP itu kini adalah ketua sebuah kerajaan negeri.

"Beliau tak seharusnya cuba meraih populariti," kata Perdana Menteri kepada Bernama selepas pertemuan selama 30 minit dengan Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, di pejabatnya di sini.

Abdullah berkata: "Saya memberitahu beliau yang kita sedang mengawasi dengan teliti apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Saya nasihatkan beliau bahawa beliau kini menerajui sebuah kerajaan negeri dan beliau seharusnya berhati-hati ketika membuat kenyataan."

Merujuk kepada kenyataan Lim baru-baru ini mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), Perdana Menteri berkata Lim tidak sepatutnya membuat kenyataan tidak berasas yang mengaitkan dasar itu dengan rasuah.

Abdullah berkata beliau tidak dapat menerima kenyataan liar seperti itu kerana ia boleh mencetuskan kemarahan dan salah faham yang sukar dibendung.

Abdullah meminta Lim supaya menghapuskan kemiskinan dan memastikan pertumbuhan dinikmati secara adil di Pulau Pinang.

Perdana Menteri berkata beliau juga memberitahu Lim bahawa kerajaan pusat akan memegang pada janji termasuk melaksanakan beberapa projek besar di Pulau Pinang.

"Semua ini bukannya projek mega atau untuk menunjuk-nunjuk. Ianya adalah projek yang mempunyai matlamat khusus berdasarkan keperluan rakyat," katanya.

Mengenai pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, beliau berkata Petronas tidak akan membiayai projek itu kerana semua perolehan syarikat minyak negara itu diserahkan kepada kerajaan pusat untuk perbelanjaan pembangunan dan subsidi.

Abdullah berkata beliau juga meminta Lim mempercepatkan proses pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan jambatan itu.

Mengenai sistem tender terbuka yang dicadangkan oleh Lim, Abdullah berkata ia mungkin tidak adil kepada golongan yang kurang berkemampuan. Perdana Menteri berkata proses tender hendaklah saksama.

Lim pula memberitahu pemberita selepas pertemuan itu bahawa kerajaan pusat memberi jaminan semua projek utama di Pulau Pinang, termasuk jambatan kedua, akan berjalan mengikut jadual.

"Semua pihak yang terlibat berharap jambatan itu akan siap mengikut jadual pada 1 Jan 2011," katanya.

Lim berkata kerajaan Pulau Pinang akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan projek itu tidak menghadapi sebarang masalah.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan pusat tidak akan membiayai pembinaan jambatan itu dengan menggunakan dana Petronas.

"Saya membuat cadangan, jika tidak sepenuhnya, sekurangkurang sebahagian (guna dana Petronas), tetapi beliau (Perdana Menteri) berkata itu tidak mungkin.

"Walaupun saya berpendapat Petronas boleh membiayainya, beliau memberitahu saya bahawa disebabkan oleh subsidi dan komitmen lain, itu tidak mungkin pada masa ini walaupun mereka inginkannya," kata Lim.

Beliau berkata Perdana Menteri memberi jaminan bahawa projek itu tidak akan menghadapi sebarang masalah.

Pada pertemuan itu, Lim turut menyerahkan surat menyenaraikan beberapa cadangan bagi kemajuan Pulau Pinang.

"Kita juga meminta agar peruntukan kepada Pulau Pinang daripada kerajaan pusat dinaikkan ke jumlah asal," katanya merujuk kepada peruntukan yang berkurangan kepada Pulau Pinang tahun lepas.

Lim berkata bahawa pada pertemuan itu, mereka membincangkan bukan saja projek akan datang tetapi juga "perkaraperkara yang lepas".

Lim berkata beliau telah membangkitkan beberapa isu politik tetapi "saya tidak mahu menyebutnya di sini."

"Mengenai Dasar Ekonomi Baru, kami bertukartukar pendapat dan penjelasan mengenai apa yang telah disebut dan apa yang tidak disebut. Ada perkara didakwa disebut oleh saya yang saya tidak sebut tetapi ada perkara yang saya sebut tidak disiarkan langsung.

"Tetapi yang penting ialah kami akur dengan situasi baru politik. Beliau adalah PM bagi negara ini dan saya mewakili penduduk Pulau Pinang," katanya.

Lim juga berkata kerajaan Pulau Pinang inginkan hubungan yang baik dengan kerajaan pusat supaya semua projek pembangunan yang dirancang dapat diteruskan demi manfaat rakyat.

"Rakyat telah membuat keputusan untuk menyokong kerajaan baru di Pulau Pinang dan juga menyokong kerajaan pusat. Adalah perlu bahawa kami masingmasing menjalankan mandat yang diberikan untuk meneruskan projek-projek yang telah ditetapkan," katanya.

Lim juga berharap semua kementerian tidak akan mengamalkan sikap diskriminasi terhadap kerajaan Pulau Pinang walaupun ia kini ditadbir oleh pembangkang.
BERNAMA

No comments: