Bilamana UMNO mula berasa hati, maka memanglah ia dah sakit sekarang. Di kala kuat UMNo mangak dan tidak goyah dengan 'sindiran' terutama sindiran datang daripada golongan pembangkang khasnya PAS yang dianggap sebagai parti nyamuk, membuang masa.
Kini kata-kata membuang masa itu terpaksa ditelan , dan beliau (UMNO) terpaksa ambil masa juga menangkis 'usikan', sindiran bersahaja Takiyuddin sepertimana apa yang berlaku antaranya mereka dalam DUN Kelantan.
Kemudian, hari ini Pak Lah minta supaya menteri mana-mana uindividu janganlah saling salah menyalahkan antara satu sama lain soal kekalahan BN. Reaksi ini timbul bilamana Samy Vellu terpaksa memberi respon terhadap fakta kekalahan BN Selangor kepada Pakatan Rakayat (PR) kerana kes merobohkan kuil yang direstui oleh Samy Vellu. Isu ini membangkitkan kemarahan Samy yang menempelak kembali Khir Toyo.
Maka berbalik soal di atas, sejak bila pula 'larangan' UMNO tidak boleh ditegur dikuatkuasakan ? Bincang UMNO, PAS atau mana-mana parti tiada larangan. Hatta dalam Al Quran sendiri Allah sendiri suruh kita bincang Firaun yang jahat dengan Nabi atau Rasul yang baik, agar manusia dapat ambil pengajaran dan pengiktibaran.
Begitulah juga dalam politik negara kita. Cerminan jahat baik buruk mestilah dibincangkan berkisar kepada peneraju kuas iaitu UMNo dengan kumpulan yang mahu mengambilkuasa daripada nya.
Jelaslah, terasa dek dia akan pukulan yang membawa rebah kepada UMNo dan payah dah nak bangun semula gayanya.
Kesimpulannya, UMNo sudah cedera parah, lesu dan tidak bermaya sukar dipulihkan. Maka tunggulah untuk dikafan dan ditalqinkan. nantilah sakaratulmautnya !!!!
KOTA BAHARU: Ketua pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad mengingatkan pemimpin PAS agar tidak mencampuri urusan dalaman Umno terutama dalam soal pemilihan.Md Alwi (BNKok Lanas) berkata seperti mana PAS, Umno sendiri tidak pernah mencampuri urusan parti tersebut kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk mengendalikan parti.
"Saya rasa Yang Berhormat (Datuk Takiyuddin Hassan) tidak mempunyai jiwa Umno dan sebab itu tidak tahu membezakan peranan saya sebagai Ketua Penerangan Umno Kelantan dan Ketua Pembangkang yang tidak ada kena mengenai dengan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan," katanya ketika membahaskan tambahan bajet 2008 di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Sebelum itu Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri bangun mencelah ketika Md Alwi berbahas dengan bertanyakan sama ada ketua pembangkang itu mempunyai keinginan untuk menggantikan tempat Datuk Seri Annuar Musa sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.
Md Alwi secara sinis berkata seperti mana jawatan exco yang dipegang Takiyuddin sudah tentu mempunyai bidang kuasa yang tersendiri dan tidak boleh mencampuri pula urusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apatah lagi dalam soal menentukan jawatan.
Beliau berkata tugasnya sebagai ketua pembangkang di dewan itu adalah berbeza dengan jawatan dalam parti iaitu untuk menegur segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan negeri dan juga merapatkan hubungan antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.
"Saya sebagai ketua pembangkang tidak berhasrat untuk menentang segala kebaikan yang telah dilakukan kerajaan negeri dan kehadiran enam wakil pembangkang di dewan ini adalah untuk memberikan kebaikan kepada semua pihak.
"Kami tidak akan membantah secara membuta tuli dan setiap perkara baik kami akan sokong," katanya.
Md Alwi meminta kerajaan negeri menguatkuasakan peraturan yang tidak membenarkan status kawasan pertanian diubah untuk dijadikan projek pembangunan yang lain. Katanya tanah pertanian itu seperti sawah padi terbiar tidak patut dijadikan kawasan perumahan kerana ia tidak dapat membantu meningkatkan industri pertanian.
Ketika di luar dewan Ad Alwi kesal kerana wakil rakyat PAS sentiasa menyalahkan kerajaan Pusat dalam setiap hal.
"Mereka sudah tidak boleh menilai segala kebaikan kerajaan Pusat," katanya.Beliau berkata Nik Aziz tidak mempunyai asas untuk meminta kerajaan Pusat memohon maaf dan membayar pampasan yang didakwa sebagai ketidakadilan terhadap Kelantan selama ini."Nak bayar pampasan apa, Kelantan bukan ada royalti minyak seperti yang dituntut Terengganu dan nak minta maaf apa lagi sedangkan kerajaan Pusat berhabisan membantu membangunkan Kelantan selama ini,' katanya.
Semalam Nik Aziz berkata, sejak PAS memerintah negeri itu selepas pilihan raya umum 1990, kerajaan pusat gagal menyalurkan peruntukan untuk program perumahan kos rendah dan bantuan kelengkapan peralatan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT). BERNAMA
No comments:
Post a Comment