Saturday, April 05, 2008

Berani dan bolehkah Pak Lah buat sekali lagi ni

Keberanian dan kesungguhan Pak lah dituntut ke sekian kalinya. Kali ini beliau 'berjanji' lagi , janji ini minta ditunaikan kali ini adalah dengan 'penyertaan bersama daripada BPR bagi memerangai RASUAH.



Pak Lah tahu dan maklum bahawa jika belaiu selongkar semua ahli kabinet dan semua ADUN seluruh Malaysia akan tersangkut dengan amalan yang bertentangan dengan rasuah atau apa-apa kepentingan yang menimbulkan keraguan dan syakj. Masalaahnya ikan busuk dariupada sebelah kepala. Moralnya adalah kita rakyat minta bukan sekadar membuat tindakan kosmetik sahaja, dalam masa terdekat ini adalah pembersihan dan reformasi seluruh UMNo danb seluruh kabinet dengan menggantikan dengan Barisan Rakyat atau Pakatan Rakat . Ini adalah lebih mudah jika 'usaha' Pak Lah mahu mencuci tong taik, kerana beliau sendiri sedang duduk bersama di dalam tong tahi itu.






BPR diarah buat kajian aspek pengisytiharan harta

KUCHING 4 April – Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah diarahkan supaya menjalankan kajian dan menyediakan maklum balas berhubung amalan negara- negara lain dalam aspek pengisytiharan harta kalangan menteri Kabinet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulas arahan beliau kepada barisan menteri dan timbalan menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan baru-baru ini supaya mengisytiharkan harta mereka.

Beliau berkata, BPR dijangka mengemukakan cadangan yang sesuai sebaik sahaja kajian itu disiapkan.

“BPR sedang menghubungi pelbagai pihak. Saya beritahu mereka supaya meninjau apa yang dilakukan oleh Singapura, Hong Kong, Britain dan Australia merujuk kepada perkara itu,” katanya pada sidang akhbar selepas bermesyuarat dengan para pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Beliau berkata, BPR yang ketika ini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, juga sudah menemui Transparency International Malaysia (TI-M), yang mengatakan bahawa perisytiharan seharusnya merangkumi hanya harta yang dimiliki selepas menteri dan timbalan menteri itu memegang jawatan masing-masing, bagi tujuan keselamatan.

– Bernama

No comments: