Hari ini Pak Lah membangkitkan tentang perbuatan keji, perbuatan keji di sisi Pak Lah adalah memancing ahli Parlimen Barisan nasional (BN) masuk atau menyertai pembangkang.
Reaksi Pak Lah adalah kerana teruja dengan statement politik Azmin Ali bahawa seramai 30 MP BN sudah bertemu dengan Anwar Ibrahim setakat ini.
Pak Lah sepatutnya cerminkan dirinya dengan cermin, mana mulia antara pegang bahu perempuan dengan pancing ahli MP BN masuk pakatan mulia.
Usaha pancing ahli Parlimen BN sertai pembangkang satu perbuatan keji
Abdullah yang juga Presiden Umno menegaskan perbuatan keji itu tidak didorong sebab-sebab lain kecuali kerana cita-cita orang tertentu mahu menjadi Perdana Menteri
“Pada saya ini perbuatan keji kerana tidak mengiktiraf hakikat bahawa anggota Parlimen yang menang adalah atas kehendak rakyat,” katanya ketika diminta mengulas laporan bahawa ada usaha untuk memujuk lebih 30 ahli Parlimen BN menyertai pembangkang.
Pakatan pembangkang yang memenangi 82 kerusi Parlimen pada pilihan raya lepas boleh menubuhkan kerajaan sekiranya sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen BN menyertai mereka dan memberinya majoriti mudah 112 kerusi daripada sejumlah 222 kerusi parlimen. BN kini menguasai 140 kerusi.
“ Ini dilakukan semata-mata kerana ketua mereka hendak menjadi Perdana Menteri. Jika mereka menggunakan wang, ini adalah satu perbuatan rasuah,” tegas Abdullah lagi sambil berkata tindakan itu “tidak ada integriti dalam amalan politik di sebuah negara demokrasi,”
“Dia akan cakap, akan buat apapun, tapi ini satu rasuah jika pendekatan yang akan diambil menggunakan wang,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penerangan bersama Presiden Umno dihadiri oleh jentera penerangan parti seluruh negara dan pemimpin-pemimpin parti.
Abdullah berkata pemimpin pembangkang yang dikatakan sedang berusaha memujuk ahli Parlimen BN melompat kepada pembangkang memang tidak sabar-sabar untuk menjadi Perdana Menteri.
Katanya semasa menjadi timbalan perdana menteri, pemimpin pembangkang itu menyifatkan dirinya sebagai pemimpin alternatif dan kini menganggap dirinya sebagai “leader in waiting.” “Biarlah dia menunggu,” katanya dalam nada yang mengatakan bahawa ia tidak bakal menjadi kenyataan.
Ditanya sama ada beliau mempunyai peranan dalam pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara, Abdullah berkata ia merupakan keputusan mahkamah.
“Kerja (seperti) itu saya tidak buat, orang lain saya tidak tahulah,” kata Abdullah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada September 2004 membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat selepas menjalani hukuman penjara enam tahun kerana kesalahan menyalahgunakan kuasa. - Bernama
No comments:
Post a Comment