Thursday, March 13, 2008

Sorotan Berita Ke 2 Implikasi kpd Kerajaan Barisan Rakyat ?

Keangkuhan DAP undang permasalahan kaum
13-03-2008 01:38:51 PM

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Majlis Tertinggi Umno hari ini membidas sikap kepimpinan DAP yang disifatkan sebagai angkuh terutama apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu menghapuskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di negeri itu.

Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh turut menyelar keputusan awal penasihat DAP Lim Kit Siang yang cuba memboikot istiadat angkat sumpah pelantikan Menteri Besar Perak.

Katanya sikap keterlaluan dan melampau ini seolaholah mengundang api perkauman supaya disemarakkan di samping tidak menghormati aspirasi negara bagi menterjemahkan semangat DEB untuk terus dilaksanakan.

Beliau berkata walaupun Lim Kit Siang sudah memohon maaf dan akur untuk menghadiri majlis angkat sumpah, namun langkah itu "sudah terantuk baru tengadah".

"Sebagai rakyat Malaysia yang taat kepada institusi Raja dan menghormati dasar-dasar negara, kita rasa terpukul dengan keangkuhan DAP yang seolah-olah mengundang api permasalahan kaum," katanya dalam satu kenyataan.

"Sikap yang keterlaluan dan melampau ini seolah-olah mengundang api perkauman supaya disemarakkan dan memang benar telahan umum selama ini DAP merupakan parti cauvanis
Lim barubaru ini berkata pentadbirannya tidak akan meneruskan pelaksanaan DEB di
yang bertopengkan konsep Malaysian Malaysia," katanya.

Pulau Pinang, manakala semalam Kit Siang pula mengarahkan wakil-wakil rakyat DAP di Perak supaya tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah wakil PAS Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak hari ini. BERNAMA

No comments: