Thursday, March 13, 2008

Awas dan ingat duhai pimpinanku !!!!

Dua langkah 'gelojoh' Barisan pimpinan rakyat bercatur dan membida buah catur politik Malaysia, memberi signifikan awal pakatan Barisan Rakyat diambang kegagalan serta tiada masa depan. Ukuran awal ini rentetan 'gelojoh' dan bernafsu serta tiada tolak ansur atas kepercayaan rakyat.

Kita minta pimpinan peringkat atas , jangan korbankan kepercayaan rakyat. Jangan punahkan kerja keras ahli bawahan yang 'tiada dijanjikan apa-apa ini. Jangan sampai ahli bawahan mengungkit apa yang mereka korbankan untuk parti. Insyallah setakat ini pejuang Islam khususnya ahli PAS bawahan boleh meneriam kerana mereka terdidik dan ditarbiyyah semua kerja buat untuk ALLah dan ALlah akan bayar penat lelah mereka dengan pahala disyurga atau akhirat kelak.

Justeru pimpinan peringkat atasan kena ingat pengorbanan orang bawahan , bukan sebagai laluan mudah anda untuk mengecap kesenangan serta kesempatan dunia ini.

No comments: